Ahad, 4 Mac 2018

Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip - Part 2

Baiklah! Mari semua baca sambungan kisah pengalaman Hans sepanjang bekerja sebagai penulis skrip. Hans pernah terlibat dalam penghasilan storyline music video kumpulan Kristal. Hans lebih berpuas hati dengan kisah video muzik untuk lagu Bertahan tu sebab itu memang asli terlahir daripada kepala otak Hans yang bertafakur berfikir waktu pukul 2 pagi tentang jalan cerita apa yang sesuai nak dibuat untuk lagu tersebut. 

Sebenarnya ada banyak kisah menarik boleh dibuat untuk lagu nih tetapi cabarannya sebab kumpulan Kristal nak masukkan semua ahli kumpulan mereka di dalam kisah tersebut. Durasi lagu pula cuma dalam tiga minit lebih jer. Jadi, terhasil lah kisah seorang wanita paling playgirl dekat Malaysia nih dan kekasih dia pula adalah seorang manusia setia yang paling bengap dalam Malaysia. Kalau rajin klik link bawah gambar tu untuk tengok muzik video lagu Bertahan tu. Hahaha!   


Berbalik pula kepada rancangan Primadona nih, daripada 4 orang pengacara jadi 3 orang. Daripada pengacara tak bertudung dan alhamdulillah sekarang Erra Fazira dan Rozita Che Wan dah bertudung. Daripada rakaman di studio dan kemudian secara siaran langsung. Memang bila fikir-fikir balik seronok sebab dapat tengok perubahan yang positif.


MASA NIH HANS KURUS DAN KACAK WEHHHH!!! BILA LAH NAK KURUS LAGI MACAM NIH!


Selepas tu pula keluar daripada studio dan terbang ke merata tempat seluruh Malaysia dan luar negara. Memang serius cabaran besar untuk Hans sewaktu menulis skrip untuk rancangan Primadona nih tetapi itulah pengalaman yang sangat-sangat berharga.


MASA TAHU NAK KENA INTERVIEW DATUK SERI SITI NURHALIZA MEMANG SERONOK LAH!
SERIUS MEMANG BAIK GILA TOK TI NIH DAN SEBAB TU SAMPAI SEKARANG BELIAU MASIH BERTAHAN DALAM INDUSTRI SENI!


Bukan setakat menulis skrip tetapi Hans juga terlibat dalam urusan penyuntingan setiap episod, belajar serba sedikit tentang cara guna kamera dan alatan lain, belajar cara mendapatkan artis untuk setiap episod disamping belajar cara macam mana mendapatkan harga yang berpatutan untuk setiap artis yang dipanggil untuk setiap episod. Pendek kata sewaktu buat Primadona ini memang banyak yang Hans belajar dan secara tak langsung memantapkan kemahiran Hans dalam komunikasi serta perhubungan awam @ PR Skill. 


DAPAT LAH BERDIRI SEBELAH AARON AZIZ ZAMAN FENOMENA DIA MASA TU! HAHAHAA!


Dan disebabkan buat program Primadona nih lah yang menyebabkan blog Hans sangat jarang dikemas kini pada ketika itu sebab sibuk yang teramat! Masa untuk diri pun tak berapa cukup! Kalau kata masa tu Hans teruskan berblog mesti Hans dah setaraf Nisa Kay agaknya. Perasan betul kan? Kahkahkah!


INI MASA RAKAMAN PRIMADONA RAYA UNTUK 9 EPISOD.
ALHAMDULILLAH EPISOD YANG HANS BUAT NIH ANTARA YANG PALING TINGGI RATING ANTARA 9 EPISOD TU!


Tetapi, yang seronok tu masa buat Primadona ini lah Hans dapat berjalan merata-rata tengok budaya orang. Paling seronok tu masa nih lah boleh pergi Banda Aceh untuk kisah tsunami, pergi Singapura, pergi Taiwan sempena kisah Tahun Baru Cina dan pergi Kemboja untuk kisah orang Islam di sana.


ANUAR ZAIN NIH PUN SALAH SEORANG SELEBRITI YANG SANGAT BAGUS!


Belum lagi masuk kisah-kisah banjir dekat Pahang masa tu yang mana buat pertama kali dalam hidup Hans berpeluang naik helikopter dan pertama kali juga dalam hidup merasa macam mana keadaan banjir. Dan dalam rancangan Primadona nih juga Hans jumpa ramai orang yang hebat, yang kekurangan dan yang gila-gila.


MASA BERGAMBAR DENGAN MAYA KARIN NIH MEMANG SATU PENGALAMAN YANG INDAH.
SEBAB MASA SEKOLAH MENENGAH HANS MEMANG MINAT DEKAT DIA.
SIAP TAMPAL POSTER DEKAT ALMARI ASRAMA LAGI! KAHKAHKAH!


Tak masuk lagi bila berhadapan dengan sesetengah artis jemputan yang berlagak kerek. Rasa macam nak lempang jer tetapi nasib lah kau artis. Hahaha! Tetapi, yang lebih menarik dalam kerjaya Hans bila buat Primadona ini ialah Hans belajar cara bagaimana berurusan dengan orang yang Hans bekerja iaitu bos-bos dan rakan-rakan yang sentiasa berubah-ubah orang.


ABAIKAN WAJAH HANS YANG ANEH KETIKA INI.
MUNGKIN SEBAB ELIZABETH TAN NIH TERLAMPAU COMEL PADA KETIKA ITU! 


Lain orang lain cara. Lain orang lain matlamat. Lain orang lain lah pengurusan dan idea. Dengan semua orang alhamdulillah Hans boleh bekerja. Satu perkara yang Hans sendiri pun rasa kagum juga sebenarnya. Hahaha! Apapun memang rancangan Primadona ini memberi seribu satu pengalaman yang sangat berharga untuk kerjaya Hans. Memang bersyukur sangat dapat buat rancangan nih.



Disebabkan hampir 3 tahun lebih Hans buat Primadona jadi masanya telah tiba untuk berubah angin buat program lain. Alhamdulillah rezeki Hans dapat buat program Tanya & Ngaji bersama tiga orang ustaz iaitu Ustaz Zamri Mantop, PU Azman dan Ustaz Dr Lukman. Sebelum nih Hans banyak berurusan dengan artis dan tiba-tiba keadaan berubah 360 darjah bila nak kena berurusan dengan ustaz pula. Kalau hangpa ingat artis yang banyak job tu sibuk memanjang....jangan tak tahu ustaz-ustaz nih pun lagi banyak job daripada artis weh. Depa punya jadual tahunan dah awal-awal penuh dah. Cabarannya dekat sini bila ia melibatkan hal-hal berkaitan agama.


HANS BERSAMA PRODUKSI TANYA DAN NGAJI


Sebagai penulis skrip memang kena pastikan info-info dan maklumat yang nak dikongsi tu betul sebab ramai penonton di rumah yang tengok. Memang tak boleh salah kalau tidak susah lah jawabnya. Alhamdulillah segalanya mampu dihadapi dan lebih beruntung sebab Hans dibantu oleh mentor Hans masa buat Imam Muda dulu. Sebab dia memang Ustaz jadi banyak rujukan boleh dibuat dengan dia.



Ini adalah antara rancangan yang sangat mencabar buat Hans. Bukannya mencabar dari segi penulisan skrip sebab masa nih Hans dah pakar dah. Ewahhhh puji diri sendiri. Hahaha! Cabaran  untuk rancangan Tanya & Ngaji Ramadan ini ialah Hans kena bangun awal pagi dari hari pertama puasa sampai hari ke 26 berpuasa kalau tak silap Hans. Perghhhhhhh!! Sebelum subuh dah kena bangun tau! Hans nih pula jenis manusia yang sebelum tu selalu tidur lewat jadi ada hari-hari yang Hans takut kalau Hans tertidur dan telajak jadi Hans paksa diri jangan tidur. Hahaha! Tetapi, dah tak buat dah perangai macam tu sebab tak bagus untuk kesihatan.


MASA NIH DUA HARI KENA DUDUK MASJID SEBAB ADA SIARAN LANGSUNG DEKAT TELEVISYEN.
PENGALAMAN PERTAMA BERBUKA PUASA DEKAT MASJID. HAHAHA!


Cuma satu yang seronok memang Hans tak pernah terlepas sahur lah masa buat rancangan nih. Alhamdulillah! Untuk program bulan Ramadan nih memang banyak benda Hans belajar dengan para Ustaz yang terlibat seperti Ustaz Dr Farid Ravi, Ustaz Tarmizi dan Imam Muda Hizbur.




Selepas hari raya Aidilfitri maka Hans berpeluang pula buat rancangan Pencetus Ummah Musim Ke-3 bersama kumpulan produksi yang baru pula. Dijadikan cerita Hans kena buat Serambi Pencetus Ummah iaitu kisah dan aktiviti peserta sebelum persembahan mereka setiap minggu.


MASA NIH HANS SERONOK CARI PASAL DENGAN PU AMIN! HAHAHA!


Seronoknya buat rancangan ini sebab ini adalah rancangan realiti pertama yang Hans terlibat daripada awal iaitu daripada proses ujibakat sehingga lah tamat program. Memang macam-macam kerenah semua peserta yang terlibat ini. Pandangan peribadi Hans sendiri sebenarnya Hans rasa pada satu tahap bila buat rancangan realiti agama ini memang tekanannya lain macam sikit berbanding rancangan realiti lain. Budaya dan sikap setiap peserta nih memang berbeza daripada yang lain sebab hampir kesemua ada latar belakang agama yang kuat. Kalau yang jenis baik tu memang baik sangat-sangat. Kalau yang jenis nakal atau tak ketahuan sikit tu memang penat nak layan. Hahaha. 


PERTAMA KALI PERGI MELAWAT BANGUNAN SPRM


Apa pun, sampai saat ini pun masih ramai Pencetus Ummah musim ketiga ini yang berjaya dan boleh dilihat di kaca televisyen seperti PU Amin, PU Taha dan PU Hilmi. Tetapi, paling Hans rindu sekali antara semua ini ialah Allahyarham PU Zaid. Dia selalu ajak Hans pergi Sabah memandangkan dia dari sana. Siap selalu tanya Hans bila nak kahwin lah apa lah. Setiap kali jumpa selalu tanya Hans sihat ker tidak. Memang sangat baik orangnya tetapi biasalah orang yang baik ini Allah sayang kan. Al-Fatihah untuk beliau. 


BILA BERGAMBAR DENGAN USTAZ KAZIM ELIAS TERUS POSING PUN ALA-ALA KUMPULAN NASYID. HAHAHA!


Dan cabaran bila buat rancangan realiti untuk bahagian diari dan aktiviti peserta ini ialah kena tahu kaedah psikologi dan semestinya perlu dipelajari. Kena pandai putar sikit bila tanya soalan dekat peserta-peserta nih. Sebab sebagai penulis kena cari, cungkil dan dapatkan sesuatu perkara yang menarik untuk pastikan penonton di rumah tengok rancangan kita. Jadi, untuk menulis skrip bagi rancangan realiti bukan sesuatu yang mudah sebenarnya yer sebab dalam masa yang sama tak boleh terlalu rapat dengan peserta sebab bila rapat kemungkinan mereka tidak akan faham atau hormat tugasan kita. Dalam masa yang sama tak boleh biarkan hubungan itu sekadar hubungan kerja sebab mana ada orang yang sanggup berkongsi sesuatu rahsia atau perkara yang sulit dengan orang yang mereka tak kenal. Jadi, disini Hans mengasah kemahiran Hans dalam bidang psikologi secara praktikal. Disini jugalah Hans dapat bekerjasama dengan Fauziah Dato' Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy. Memang satu pengalaman manis dapat bekerja dengan pelakon wanita Malaysia yang hebat tetapi sayang tak ada pula bergambar dengan dia. Hehehe!



BERSAMBUNG..

72 ulasan:

  1. woww hebatnye hans! bekerja dgn semua artis dan selebriti top negara..mesti kenangan indah yang x dapat dilupakan kan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak hebat pun sis
      biasa jer saya nih
      alhamdulillah rezeki dapat kerja dan dapat cipta kenangan indah :)

      Padam
  2. wahhh byk pengalaman keje dengan semua peringkat orang nih... :)

    BalasPadam
  3. hebat! boleh jumpa pelakon2 tu bestnya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..tapi masa study lagi dah tak ada lah rasa macam excited tahap gaban bila jumpa artis
      rasa biasa2 jer
      cuma mana artis yang rasa macam berbaloi nak ambil gambar tu..hans gi lah ambil...hahaha

      Padam
  4. Seronoknya mama baca pengalaman Hans. Banyak pengalaman Yang dpt sepanjang Hans beekerja Kan. Yg bestnya dpt jumpa byk artist tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      macam2 orang jumpa
      hehehe

      Padam
  5. Bestnyaa pengalaman kerja dengan ramai orang! and not just an 'ordinary' orang! wowww! *thumbs up!

    BalasPadam
  6. Kikikikiki.... terbaik... boleh bertemu dengan orang-orang hebat....👍😎

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah yang rasa kepuasan tu

      Padam
  7. Bestnya dapat bekerja dengan artis kan. Tapi, lagi best pengalaman yang kita dapat. Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa pasti mendewasakan kita untuk berurusan dengan orang. Best baca cerita Hans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengalaman yang best
      kerja dengan artis nih tengok artis juga
      dapat yang baik dan sempoi memang seronok lah
      hehehe

      Padam
  8. Wahhh terbaik la hans. Nnt boleh la share lg pngalaman. Serius terbaik laaa !

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...ada lagi sambungannya tu
      nantikan

      Padam
  9. Best nyer....lagi hebat dari retis

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      mana ada lagi hebat dari retis
      hahaa

      Padam
  10. Muda dan berbakat...teruskan berkarya hans,, tahniah

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/shopping-sambil-buat-duit.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      doakan Hans dapat banyak job

      Padam
  11. Wow... Hans Terbaiklah.. banyaknya pengalaman Hans dengan orang-orang glamsss... Tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hhahahaha
      boleh lah
      tak lah banyak lagi
      hehehe

      Padam
  12. wahh.. bestnyaaa..

    terima kasih ya sebab jadi tulang belakang program2 hebat nii..

    boleh kata semua rancangan nii saya tengok.. hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh
      tengok semua ker?
      hehehe
      terima kasih support :)

      Padam
  13. Setuju yang gambar dengan Elizabeth Tan tu memang Hans sedang bermuka aneh..hahah

    BalasPadam
  14. Ala ala alaaaaa...bestnya dapat numpa Tok Ti dengan Anuar Zain.bestnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      itu jer lah rezeki dapat jumpa pun

      Padam
  15. Thanks for sharing! ^^ punyalah rajin mengarang panjang2 haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaah
      nama pun penulis
      tak tahu lah ada yang baca ker tak
      hahaha

      Padam
  16. wahhh!! banyaknya pengalaman hans dalam industri seni.. pengalaman mematangkan utk jadi panduan ke arah kejayaan.. moga terus berjaya dalam bidang pilihan hans.. InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. doakan saya semakin berjaya yer
      terima kasih
      amin

      Padam
  17. Pengalaman yang sangat menarik..dapat jumpa dengan ramai orang, nak nak maya karin & elizabeth tan! hehe..semoga terus sukses!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      amin
      doakan saya selalu yer bro

      Padam
  18. Wah...hebat...moga penulisan tuan sentiasa brtmbh hebat...insyaaAllah lebih indah dibalik warna kata :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      terima kasih atas sokongan tuan :)

      Padam
  19. comelnyaaa Elizabeth Tan.. suka dia hehe..

    BalasPadam
  20. rupa-rupanya bro Han orang yang hebat.

    terasa malu pulak orang yang hebat membaca tulisan saya yang carca marba..

    dulu ada ada nak jadi penulis..

    hahahaha sekarang pun dah penulis blog la sangat ..

    hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehhh..saya biasa2 ja lah bro Hanafi
      tulis blog pun hebat lah
      kena sentiasa yakin dan positif dengan diri kita :)

      Padam
    2. terima kasih atas nasihat yang sangat berguna nie..

      terbaik

      Padam
    3. sebab setiap hari kita belajar dan belajar
      sebab sentiasa ada orang yang lagi hebat dari kita
      jadi kena sentiasa belajar memperbaiki diri dan jangan mudah puas dengan apa yang kita ada :)

      Padam
  21. wauu. best! hehe. ada jmpa remy ishak tak? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pernah kerja dengan dia...cuma pernah terserempak masa dia buat latihan dekat Istana Budaya

      Padam
  22. Best jadi orang penting kat belakang tabir ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua orang belakang tabir tu penting zumal
      tak ada sorang payah ohhh
      hehehe

      Padam
  23. Seronok baca pengalaman Hans.. Terbaiklah Hans.. Teruskan ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah kalau seronok
      tak sia-sia tulis panjang2
      hehehe
      doakan saya lebih berjaya dari sekarang
      amin

      Padam
  24. MV Kristal tu lagu dah habis syahdu tapi cerita dia kelakar haha. Bestnya dapat jumpa ramai artis. Dulu selalu layan Primadona tapi lepas takde Astro dah tak ambik port dah haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa
      lagu nak jiwang2 sedih kan tapi cerita lawak...sebab masa tu memang mood lawak jer dalam kepala otak...tu jalan cerita macam tu..haha
      owh selalu tengok Primadona ke dulu? bagus2
      hehehe

      Padam
  25. Wah seronok hans spt jumpa ramai retis yea, tp tau mmg tak mudah kan kerjaya hans.Apapun keep it up the good job hans! Ciayok2 😎

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheeh
      thanks
      doakan Hans lebih berjaya selepas ini

      Padam
  26. Tudia, bestnya.. semoga terus maju :)

    BalasPadam
  27. Best baca pengalaman kerja Hans.. semoga semakin mantap dan terus ke mercu jaya..

    BalasPadam
  28. masa jumpa maya karin tu ada ckp x yg hans minat kt dia? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada lah cakap sebab masa tu saya dah minat lisa surihani pula
      just bergambar dengan salah seorang artis yang saya pernah minat suatu ketika dahulu
      hahaha

      Padam
  29. bestnya..banyak dipelajari, semoga terus maju jaya...
    video clip pun ada..ingatkan idea dari penyanyi sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      depends pada kumpulan artis tu sendiri
      kadang2 idea diorang
      tapi untuk lagi tu saya dan kawan2 lah yg kongsi idea

      Padam
  30. one thing yg aida sgt tahu, kalau keje gini akan byk dpt travel.
    moreover with astro, memang bertuah badan la dpt tgk negara org.
    ilmu direct drpd ustaz la ye hans dpt.
    iye la, bertemu bertentang mata... best nyer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kalau dapat rancangan yang kita perlu travel....jadi kena lah travel
      kalau rancangan yang duduk dalam studio, memang bersejuk2 lah dalam studio
      hehehe

      Padam
  31. Waaa menarik-menarik.. Baca part 3 pula.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com