Rabu, 24 Oktober 2018

Tayangan Perdana Filem Hunter Killer

Rabu, Oktober 24, 2018 8
Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada 23 Oktober 2018 yang lepas, Hans berkesempatan untuk hadir menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer yang berlangsung di GSC Pavillion. Terima kasih kepada pihak One World Alliance Film dan The Vocket kerana memilih Hans sebagai pemenang tiket. Jadi, dapatlah Hans berkongsi rezeki dengan pengikut blog filem Hans yang menyertai peraduan mudah yang Hans anjurkan di facebook baru-baru ini.


Filem Hunter Killer ini sarat dengan pelbagai aksi dan babak yang mendebarkan dan pastinya membuatkan sesiapa yang menonton berasa puas dengan kisah filem ini. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan ternama seperti Gerard Butler, Gary Oldman, Common, Linda Cardellini, Toby Stephens, Zane Holtz, Michael Gor, Michael Nyqvist dan ramai lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam berdekatan anda yang akan mula ditayangkan pada 25 Oktober 2018 ini.


Sinopsis filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Joe Glass yang diberi mandat untuk menjadi kapten kapal selam untuk misi mencari sebuah kapal selam milik Amerika Syarikat yang hilang daripada radar selepas berada di perairan Rusia. Mengikut siasatan, pihak AS percaya hal ini terjadi kerana kapal selam mereka diserang oleh tentera laut Rusia. Namun, penemuan Joe Glass menemui satu rahsia baru apabila serangan tersebut bukan sahaja menyerang kapal selam AS tetapi juga kapal selam Rusia sendiri. Akhirnya, Joe mendapati terdapat satu cubaan rampasan kuasa yang sedang dilakukan oleh menteri pertahanan Rusia yang cuba berpaling tadah dan dalam masa yang sama turut menculik Presiden Rusia sendiri tanpa pengetahuan kerajaan Rusia. Joe akhirnya perlu bekerjasama bukan sahaja dengan pasukan U.S. Navy Seals untuk menyelamatkan presiden Rusia yang telah diculik tetapi juga perlu bekerjasama dengan tentera laut Rusia sendiri yang diselamatkan oleh pasukannya. Adakah tentera laut Rusia sanggup bekerjasama dengan Joe Glass dan pasukannya? Mampukah pasukan U.S Navi Seals menyelamatkan presiden Rusia di kawasan kubu terkuat tentera Rusia? Saksikan filem yang sarat dengan debaran dan aksi menarik ini di pawagam berdekatan anda untuk mengetahui jawapannya.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca.

P/S : Hans Terlepas Beberapa Tayangan Perdana Untuk Filem-Filem Terbaru Seperti Kung Fu League, 7ujuh Dan Operasi X Kerana Hans Bakal Menunaikan Umrah Dan Dalam Masa Yang Sama Bekerja Untuk Sebuah Rancangan Televisyen Selama Dua Minggu Di Sana. Jadi, Hans Minta Maaf Kerana Tidak Dapat Hadir Memenuhi Jemputan. Doakan Urusan Hans Di Sana Dipermudahkan Dan Berjalan Lancar Yer. Amin!

Isnin, 22 Oktober 2018

Karnival Tourism Malaysia "It's ALL HERE"

Isnin, Oktober 22, 2018 6
Assalammualaikum kepada semua pembaca blog www.hanshanis.com dan kali ini Hans nak berkongsi satu berita menarik daripada Tourism Malaysia. Untuk pengetahuan semua, pihak Tourism Malaysia akan menganjurkan Karnival Tourism Malaysia "It's ALL HERE" yang akan berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2018 (Khamis & Jumaat) dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Presint 5, Putrajaya.



Objektif program Karnival Tourism Malaysia “It’s All HERE!” adalah untuk menggalakan orang ramai untuk melancong dalam Malaysia sempena musim cuti persekolahan bulan November 2018 ini. Program ini mensasarkan pengunjung daripada semua kementerian di sekitar Putrajaya, syarikat-syarikat swasta, universiti, sekolah serta komuniti di Putrajaya dan Cyberjaya. Tourism Malaysia “It’s All HERE!” adalah merupakan program networking julung kali secara besar-besaran diadakan bersama penggiat industri pelancongan negara. Program ini mendapat penyertaan daripada 29 organisasi yang merangkumi hotel, taman tema dan agensi pelancongan. Organisasi terbabit akan membuat jualan pakej mereka dalam kadar harga yang istimewa kepada orang ramai seperti di bawah:

Adventuria - The Rift
Angry Bird Activity Park Johor Bahru
Berjaya Hills Resort
Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru
Bukit Merah LakeTown Resort
Dash Box Hotel Cyberjaya
Desaru Coast Malaysia
Honeyzone Travel & Tours Sdn Bhd
Kidzania Kuala Lumpur
Legoland Malaysia
Lexis Hotels & Resorts MARDI MAEPS Sdn Bhd Marina Putrajaya Novotel Taiping
Ombak Villa Langkawi
One World Group Holdings - Ripley's Adventureland, Genting, Wet World, The Top Penang and Jungle Gym
Palace Vacation Club
PICC – Convention and Exhibition Putrajaya
Pulse Grande Hotel
RED By Sirocco
Sentoria Themeparks & Resorts (Bukit Gambang) Sheraton Petaling Jaya Hotel
Sunway Lost World Water Park
Sunway Lagoon
Sutera Harbour Resort
The Habitat Penang Hill

Sempena program ini juga orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, mendapatkan khidmat saringan kesihatan secara percuma, belajar tentang destinasi pelancongan dan tarikan di Malaysia serta jualan makanan oleh Persatuan Food Truck. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua terutama yang bekerja, belajar dan atau menetap di dalam Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya. Jangan lepaskan peluang ini untuk merebut tawaran istimewa dua hari ini untuk percutian yang hebat di Malaysia!

Sabtu, 20 Oktober 2018

Review Filem Badhaai Ho

Sabtu, Oktober 20, 2018 6
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap sebuah filem berjudul Badhaai Ho di TGV Cinemas Jaya Shopping Centre pada tanggal 19 Oktober 2018 yang lepas.

Apa perasaan anda jika anda bakal mendapat adik baru sewaktu usia anda sudah mencecah 30 tahun? Selami hati dan perasaan Nakul saat dia menerima berita daripada ibu bapanya yang dia bakal menerima adik baru dimana ibu bapanya sudah berusia 50 tahun.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Jumaat, 19 Oktober 2018

Rancangan Pencarian Bakat #WhenMusicSpeaks

Jumaat, Oktober 19, 2018 2
Assalammualaikum semua! Hari ini bersamaan 18 Oktober 2018, Hans telah dijemput untuk menghadiri sebuah Majlis Sidang Media Rancangan Pencarian Bakat #WhenMusicSpeaks yang dianjurkan oleh OUR Records Sdn Bhd dengan sokongan Neway Karaoke Box, NAR Records dan Karyawan.

Sidang media ini berlangsung di Neway Karaoke Box, One Utama dan dihadiri oleh ramai artis-artis tempatan yang bakal terlibat di dalam program ini antaranya seperti Man Bai dan Aishah GV4. Selain itu rancangan #WhenMusicSpeaks ini turut mendapat sokongan daripada artis negara jiran seperti Nu Reggae Man (Thailand), Yuka Kharisma (Indonesia) dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran para selebriti tempatan seperti Adi Sixth Sense, Yazid Search, Aru ROB, l Am Netta, Dato Freddie Fernandez dan ramai lagi.


Untuk pengetahuan semua, rancangan #WhenMusicSpeaks merupakan satu program pencarian vokal professional yang menggunakan platform media sosial dan rancangan ini akan menjelajah ke beberapa buah negara yang akan di mulai di Malaysia terlebih dahulu dan seterusnya diperluaskan ke lokasi serantau seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan lain-lain lagi. Rancangan ini merupakan satu misi besar bagi sebuah label baru, OUR RECORDS SDN BHD di dalam mengenal pasti bakat baru yang berpotensi untuk dikumpulkan di bawah pengurusan syarikat mereka dan seterusnya akan menerbitkan single dan album bagi mereka yang terpilih.


Program #WhenMusicSpeaks ini mendapat tajaan lokasi dari pusat hiburan karaoke terkemuka Neway dan bakal memulakan siri awal saringan ujibakat pertama pada 4 November 2018 (Ahad) ini bertempat di Neway Karaoke Box, One Utama. Ujibakat akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam.

Ujibakat seterusnya pula akan diteruskan ke beberapa lokasi lain di sekitar Johor Baharu, Kuantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dimana tarikh dan lokasi spesifik akan diumumkan dari masa ke semasa melalui sebaran media.


Seterusnya siri ini akan dikembangkan lagi ke beberapa negara Asia lain dengan sasaran sekurang-kurangnya untuk mendapatkan 10 orang bakat baru yang akan dipilih bagi menandatangani kontrak di akhir rancangan ini.

Apa yang menarik dan istimewanya program #WhenMusicSpeaks ini ialah selain daripada tawaran rakaman single dan album, syarikat OUR RECORDS SDN BHD juga akan memberi insentif gaji bulanan secara tetap kepada artis-artis di bawah pengurusan mereka. Ini merupakan amalan yang bagus di dalam menjaga kebajikan peserta-peserta yang bakal bernaung di bawah label mereka kerana amalan yang diamalkan ini telah banyak diguna pakai di beberapa negara lain di dalam industri pengurusan bakat dan terbukti berjaya membantu membela nasib dan kebajikan artis-artis dibawah mereka.


Hans percaya pasti ada di kalangan anda atau rakan-rakan yang mempunyai bakat sebagai penghibur tetapi tidak yakin atau takut untuk mencuba nasib kerana risaukan tentang rupa paras atau bentuk fizikal yang kurang nilai komersial. Jangan risau kerana rancangan #WhenMusicSpeaks sangat matang di dalam memilih dan mereka serius mencari peserta yang berbakat sebagai penghibur sahaja tanpa memandang rupa dan fizikal anda.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat dan ingin buktikan bahawa anda layak berada di pentas untuk menunjukkan bakat anda maka jangan lepaskan peluang untuk hadir ke ujibakat pada 4 November 2018 (Ahad) ini di Neway Karaoke Box, One UtamaBagi sesi pertama ini, penjurian bakal diadili oleh penyanyi berkaliber Aishah dan Man Bai serta bakal melibatkan para professional tempatan yang lain.

Syarat utama bagi siri awal pencarian bakat ini ialah ianya terbuka kepada semua yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun. Anda yang berminat bolehlah layari laman web www.ourrecordsasia.com untuk mengetahui segala info berkaitan rancangan  #WhenMusicSpeaks atau hubungi talian hotline 0123153988 (Hi Kamal) atau 01128596452 (Mark) untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

P/S : Selamat maju jaya kepada anda yang hadir pada ujibakat Rancangan Pencarian Bakat #WhenMusicSpeaks nanti!

Khamis, 18 Oktober 2018

Tayangan Media Filem Gol & Gincu Vol. 2

Khamis, Oktober 18, 2018 4
Assalammualaikum semua! Alhamdulillah pada 17 Oktober 2018 yang lepas, Hans berkesempatan untuk hadir pada sesi Tayangan Media untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 yang berlangsung di TGV Sunway Putra Mall bersama dengan para pelakon, penerbit, penulis dan pengarah filem ini. Filem Gol & Gincu Vol. 2 ini diterbitkan oleh Red Films dan telah diberi nafas baru oleh pengarah Umi Salwana Omar yang pernah mengarah siri kegemaran ramai iaitu Oh My English dan bekerja di belakang tabir filem Songlap, Istanbul Aku Datang dan juga Crazy Rish Asians.


Filem Gol & Gincu Vol. 2 ini mengisahkan tentang dua gadis yang mempunyai nama yang sama terpaksa menjalani hukuman khidmat sosial apabila video pergaduhan mereka di surau menjadi tular. Usaha untuk mengumpul dana bagi sebuah rumah remaja bermasalah telah menjadikan mereka akrab namun menjerumuskan mereka kepada permasalahan yang lebih besar. Pelakon-pelakon yang yang menjayakan filem ini ialah Diana Danielle, Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Sherry Al-Hadad serta memperkenalkan barisan pelakon baharu yang terdiri daripada Iezahdiyana Alaudin, Tiara Anchant, Grace Ng, Aida Noris, Intan Serah, Nik Nasuhah dan Annabel Michael. Turut membuat penampilan istimewa di dalam filem ini ialah Ziana Zain, Nadia Nisaa dan ramai lagi artis, selebriti, pereka fesyen serta artis media sosial yang bertindak sebagai cameo. 


Lima perkara menarik mengenai filem Gol & Gincu Vol.2 yang anda perlu tahu:

1. Gol & Gincu Vol.2 adalah filem pertama yang menggandingkan Diana Danielle dan Ummi Nazeera.

2. Penampilan Diana Danielle berambut pendek dalam filem ini merupakan pengalaman pertama baginya sejak kecil.

3. Ummi Nazeera hanya mengetahui keadaan dirinya yang mengandung apabila dia ke hospital untuk membuat imbasan X bagi memeriksa kakinya yang terseliuah.

4. Pelakon Fazura tidak sempat membuat penampilan khas di dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 kerana tarikh penggambaran bertembung dengan penggambaran filemnya yang lain dan juga tarikh perkahwinannya.

5. Semua pasukan futsal wanita di dalam filem Gol & Gincu Vol.2 adalah pasukan sebenar selain Pasukan Red Heatz yang menampilkan pemain futsal negara Niena Azman, Hannani dan Hanis serta personaliti radio ERA Fifie dan Khalie.


Paling menarik perhatian ialah kandungan goodies bag yang diterima Hans kali ini dimana banyak cenderahati yang diterima merupakan barangan peribadi wanita. Hahaha! Jadi, untuk maklumat terkini mengenai siri jelajah dan senarai pawagam yang bakal menayangkan filem Gol & Gincu Vol. 2 ini, sila ikuti @GolGincu2 dan #GolGincu2 di dalam sosial Facebook, Instagram dan Twitter. Anda juga boleh layari www.golgincu.com.my untuk maklumat lanjut.


Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak baca ulasan Hans untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca.

P/S : Minggu Ini Banyak Pula Filem-Filem Yang Menarik Untuk Ditonton! Kopak Duit Den! Fuhhhhh!

Rabu, 17 Oktober 2018

Review Filem Malicious

Rabu, Oktober 17, 2018 4
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap sebuah filem seram yang berjudul Malicious setelah Hans terpilih sebagai salah seorang pemenang selepas menyertai satu peraduan mudah di instagram yang dianjurkan oleh blogger Neyrashazeyra. Jadi, Hans memenangi dua keping tiket filem Malicious dan alhamdulillah berjaya menonton filem ini di GSC Mid Valley pada tanggal 16 Oktober 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Selasa, 16 Oktober 2018

Review Filem The Negotiation

Selasa, Oktober 16, 2018 0
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap sebuah filem Korea yang berjudul The Negotiation di TGV Cinemas Sunway Pyramid pada tanggal 14 Oktober 2018 yang lepas.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

McDonald's Big Beefy Bites

Selasa, Oktober 16, 2018 12
Assalammualaikum semua. Baru-baru ini Hans terpandang papan iklan besar di McDonald's cawangan Seri Kembangan tentang burger baru  iaitu Big Beefy Bites dimana ada empat jenis burger yang ditawarkan kepada pelanggan McD iaitu Big Mac, Mega Mac, Triple Cheeseburger dan Double Cheeseburger. 


Jadi, apa pula kelainan dan keistimewaan McDonald's Big Beefy Bites kali ini? Untuk menu kali ini ia menampilkan kepingan daging lembu istimewa yang dihiasi dengan keju, salad, bawang dan timun jeruk segar. Lebih mengasyikkan lagi apaibila burger ini turut didatangkan dengan sos khas menjadikan rasanya yang enak dan menjanjikan pengalaman yang menarik buat si pemakan burger ini. 


Memandangkan Hans sangat lapar pada waktu tersebut, jadi Hans memesan Mega Mac dengan harapan kotak burger yang akan muncul di depan Hans sebesar mangkuk tingkat. Hahaha! Tetapi, kotak yang hadir bersaiz comel sahaja.



Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Inilah rupa bentuk burger Mega Mac yang dipesan oleh Hans. Nampaknya, berdasarkan wajah tiada sebarang kelainan dengan burger biasa. Tidak seperti burger keluaran McD sebelum ini yang mempunyai pelbagai corak pada permukan rotinya, rupa burger kali ini memang tidak memberikan sebarang rasa kagum atau teruja untuk Hans.


Mari Hans bongkarkan kepingan daging lembu yang berjumlah empat keping yang diapit oleh roti yang gebu ini. Memang jumlahnya empat kepingan daging lembu tetapi dagingnya tidaklah terlalu pejal atau besar. Jadi, saiz kepingan daging ini ibarat tiga keping daging yang boleh dijumpai pada burger-burger biasa yang lain sahaja.


Tetapi, melihatkan kepada persembahan makanan dengan warna sos yang menarik, diserikan dengan warna hijau salad yang segar serta kepingan daging lembu yang agak juicy memang berjaya juga membangkitkan selera Hans untuk segera menggigit Mega Mac ini secepat mungkin.

.
Alhamdulillah! Selesai sudah Hans menjamah McDonald's Mega Mac yang merupakan salah satu jenis burger yang ditawarkan di dalam koleksi Big Beefy Bites kali iniPada pandangan Hans, keistimewaan burger Mega Mac ini datang daripada sos istimewanya serta keenakan daging lembu yanng menjadikan kombinasi kali menarik dan kena dengan selara Hans. Tetapi, saiz burger ini bagi Hans masih seperti burger biasa dan ketebalan kepingan daging lembu di dalam burger ini juga tidaklah setebal dan sepejal mana. Namun, syukur rasa dagingnya sangat-sangat membantu membuatkan Hans puas menikmati Mega Mac ini.



Jadi, harga untuk menu McDonald's Mega Mac ini ialah RM16.00 untuk set medium yang didatangkan khas dengan coleslaw serta minuman ringan. Secara peribadi, Hans berasa agak berpuas hati juga dengan rasa menu kali ini.



Jadi, kepada yang belum mencuba, silalah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran dan cuba rasai sendiri pengalaman makan Burger Mega Mac atau tiga lagi burger yang tersenarai di dalam Big Beefy Bites ini. Selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 3.7 / 5


P/S : Hans Tak Sabar Menanti Jemputan Makan-Makan Daripada Hotel, Restoran Dan Cafe Selepas Ini! Hehehe!

Isnin, 15 Oktober 2018

Review Filem A Simple Favor

Isnin, Oktober 15, 2018 0
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem noir terbaru yang memang menghiburkan iaitu filem A Simple Favor yang telah ditonton oleh Hans pada hari Khamis lepas bersamaan 11 Oktober 2018 di GSC NU Sentral.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Ahad, 14 Oktober 2018

FERNLEAF UHT 100% SUSU DARI NEW ZEALAND BERSAMA HANS

Ahad, Oktober 14, 2018 14
Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Hans telah menerima sebuah bungkusan parcel yang agak besar saiznya daripada pihak Fernleaf. Jadi, Hans dengan rasa gembiranya ingin berkongsi pengalaman Hans semasa menerima dan membuka bungkusan parcel tersebut. Selamat membaca kisah di bawah yer.

Peringatan Pertama: Watak-watak dibawah tidak ada kena mengena dengan pihak yang masih hidup atau sudah pergi.

Peringatan Kedua: Segala info dan maklumat yang dikongsikan di bawah adalah benar dan sahih. Tidak ada yang dusta melainkan benar belaka.


Begitulah kisah yang terjadi antara Hans dan Moojinbu apabila Hans berjaya membebaskan Moojinbu daripada beg kuning tersebut. Jadi, dibawah ini Hans ingin berkongsi serba sedikit tentang Fernleaf dimana lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang mereka sentiasa menjaga lembu-lembu tenusu ini dengan penuh dedikasi.

Disamping itu, mereka juga mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu memberi kebebasan kepada lembu-lembu tenusu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur.

Inilah yang menjadikan susu yang dihasilkan pihak Fernleaf mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh bada kita. Susu ini juga mengadungi banyak nutrien penting selain protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Apa yang lebih mengagumkan tentang Susu Fernleaf UHT ini ialah ia dihasilkan oleh lembu tenusu mereka secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Sebaliknya, mereka memanfaatkan iklim negara New Zealand yang cukup selesa dimana lembu-lembu tenusu ini dapat meragut rumput yang berkualiti tinggi disamping hidup di persekitaran yang mempunyai udara dan air yang bersih.


Kepada semua pembaca blog hanshanis.com sekalian, apa kata selepas ini jadikan Susu Fernleaf UHT sebagai minuman susu pilihan utama anda semua kerana banyak kebaikannya buat tubuh badan kita seperti menguatkan lagi tulang serta gigi. Selain itu, ia juga membekalkan pelbagai nutrien untuk kegunaan seharian tubuh badan anda. Paling penting Susu Fernleaf UHT dijamin halal.

P/S : Jadi, mulakan hari anda selepas ini dengan segelas Susu Fernleaf UHT yang pastiya penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.

Jumaat, 12 Oktober 2018

Review Filem Andhadhun

Jumaat, Oktober 12, 2018 2
Assalammualaikum semua! Kali ini Hans nak berkongsi tentang ulasan Hans terhadap filem  Bollywood terbaru yang memang serius terbaik iaitu filem Andhadhun yang telah ditonton oleh Hans pada hari Khamis lepas bersamaan 11 Oktober 2018 di GSC NU Sentral.


Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

Rabu, 10 Oktober 2018

Pizza Hut Chicken Cheesy Bite Baru

Rabu, Oktober 10, 2018 6
Assalammualaikum buat semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah kerana kali ini Hans menerima jemputan daripada pihak Pizza Hut untuk menikmati piza kegemaran ramai yang didatangkan dengan versi terkini iaitu Chicken Cheesy Bites Baru bersama tagline yang cukup menarik iaitu "Letupan rasa tersembunyi". 


Apa yang istimewa dan uniknya piza Chicken Cheesy Bites terbaru ini ialah selain daripada lebihan kejunya yang sedap, terdapat dua kerak cili istimewa yang sememangnya akan memberi letupan rasa pedas yang tak dijangka buat penggemar piza ini. Jadi, mesti rasa seronok dan kelakar apabila melihat gelagat keluarga dan rakan-rakan sewaktu  makan Chicken Cheesy Bites ini beramai-ramai sebab masing-masing nak tahu siapa yang tergigit cili kan? Hahaha!


Walaupun Hans kurang arif tentang selok belok kawasan parkir motosikal di kawasan Pavilion ini tetapi selepas bertungkus lumus mencari dengan bantuan rakan blogger Dboy dan alhamdulillah Hans akhirnya tiba di Pizza Hut Pavilion Elite dimana berlangsungnya pelancaran menu Pizza Hut terbaru ini iaitu Chicken Cheesy Bite. Sempat lagi Hans bergambar dengan replika pelakon Gol & Gincu Vol 2 ini sebelum masuk ke dalam. Haha!


Menurut Merrill Pereyra yang merupakan Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd, setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, mereka melihat para pelanggan Pizza Hut bukan sahaja teruja apabila disajikan dengan makanan baru tetapi penggemar piza yang dihasilkan oleh Pizza Hut juga turut teruja dengan bahan yang digunakan ditambah pula dengan pengalaman yang menyeronokkan saat menikmati piza. Jadi, Chicken Cheesy Bites baru ini dihasilkan hasil inspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.


Merrill Pereyra juga turut menyatakan Chicken Cheesy Bite ini memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan piza ini dipenuhi dengan rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Ini membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pihak penerbit filem Gol & Gincu Vol.2 kerana filem tersebut juga sinonim dengan persahabatan dan menepati objektif Chicken Cheesy Bite ini sendiri.


Perghhhhh!! Mesti masing-masing meleleh air liur tengok gambar Chicken Cheesy Bite di atas ini kan? Hahaha! Kalau nak tahu sebenarnya di antara 18 kepingan cheesy bites ini tersembunyi dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada sesiapa yang bertuah memakannya. Tujuan diadakan dua kerak cili istimewa ini untuk menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan. Lebih menarik lagi apabila Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial masing-masing. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan. Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.


Alhamdulillah! Selepas Hans merasai sendiri piza Chicken Cheesy Bite terbaru ini, Hans boleh katakan menu ini mempunyai rasa yang menarik dimana rasa menarik itu datang daripada kejunya yang sedap serta sos istimewa yang menambah lagi kesedapan menu ini. Memang Hans langsung tak rasa muak. Rasa nak menambah makan itu ada. Hahaha! Kalau ada yang tanya bagaimana rasa cili yang digembar-gemburkan di dalam piza Chicken Cheesy Bite baru ini, Hans tak dapat nak bagi komen sebab rakan di hadapan Hans yang bertuah dapat jumpa dan makan sendiri kerak cili itu. Katanya pedas! Jadi, kepada sesiapa yang makan nanti, Hans doakan nasib baik menyebelahi kepada bakal-bakal pemakan dua kerak cili pedas yang wujud di dalam piza ini nanti. Hehehe!   


Seronoknya Hans berada disini bukan sahaja kerana menjadi antara orang terawal menikmati piza Chicken Cheesy Bite ini tetapi juga berasa gembira dengan kehadiran pelakon-pelakon filem Gol & Gincu Vol.2 iaitu Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang turut hadir memeriahkan majlis dengan melakukan demonstrasi cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru serta menghiburkan para media dengan bermain dan bergurau sesama mereka dengan gigitan cili Chicken Cheesy Bite.


Bukan sahaja Hans dan rakan-rakan media lain dijamu dengan piza Chicken Cheesy Bite baru tetapi kami juga dihidangkan lagi dengan menu-menu tambahan lain yang sedap-sedap belaka. Memang puas hati dapat makan macam-macam menu ini. Terima kasih Pizza Hut atas layanan yang sangat baik kepada kami semua. Hans juga berkesempatan bertemu dengan orang kuat filem Gol & Gincu Vol.2 dan dikhabarkan bahawa kerjasama Pizza Hut bersama filem ini adalah bersempena dengan pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober nanti. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.


Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah:

  • 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
  • Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih
  • 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak rasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan "Siapa Kena", sila layari dengan klik link dibawah ini untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah yang menarik dan ekslusif.  


Hans mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pizza Hut kerana sudi menjemput Hans untuk menikmati sendiri Chicken Cheesy Bite baru ini, Jadi, kepada semua pembaca blog Hans serta peminat Pizza Hut, menu terbaru Piza Chicken Chessy Bites kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula pada 1 Oktober sehingga Disember 2018. Selamat menjamu selera!

P/S : Jangan lupa sertai peraduan “Siapa Kena” untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa yang ditawarkan oleh Pizza Hut.