Rabu, 28 Ogos 2019

Pakej MAEPS Food Hunt : Makan Nanas Sedap Di Laman Nanas

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman Hans mengikuti program lawatan MAEPS Agrotourism Park dimana pakej yang Hans ikuti ialah MAEPS Food Hunt yang menawarkan empat lokasi lawatan di dalam masa sehari. 


Jadi, destinasi keempat yang juga merupakan terakhir Hans untuk pakej MAEPS Food Hunt kali ini ialah Laman Nanas untuk menyelesaikan misi pemburuan makanan yang terakhir iaitu Pencuci Mulut (Dessert)Bersebelahan dengan Pusat Informasi Nanas ini terdapat satu kioks yang menyediakan pencuci mulut serta minuman berasaskan nanas iaitu Kioks Nanas D Jeram.

MAEPS FOOD HUNT PACKAGES 

Pakej Harga:
RM65.00 (Dewasa)
RM50.00 (Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Dan Kebawah)

Waktu Program:
 Pilihan 1 :11.00 A.M - 2.00 P.M
Pilihan 2 : 4.00 P.M - 7.00 P.M

Aktiviti Yang Disediakan:

Pembuka Selera (Appetizer) :
Laman Herba

Sup & Makanan Ringan :
House Of Kambing (HOK)

Makanan Utama (Main Course) :
Anda Boleh Memilih Untuk Makan Di Goat2Go @Teknocafe atau Nasi Kandar Apollo

Pencuci Mulut (Dessert) :
Laman Nanas

*Pengangkutan Tram disediakan

Telefon (Pertanyaan & Tempahan):
0162073481 / 0162073452

Facebook:


Apa yang menariknya tentang kioks Nanas D Jeram ini ialah mereka bukan sekadar menyediakan dan menjual pencuci mulut yang dihasilkan menggunakan nanas tetapi turut sama menyediakan kopi nanas. Anda pernah rasa kopi nanas seumur hidup anda? Unik dan menarik kan? Hans sendiri pun berasa teruja sebab nak tahu juga adakah kombinasi antara nanas dan kopi ini kena di tekak Hans? 


Suatu perkara yang menarik perhatian Hans disini ialah nanas yang digunakan serta dijual kepada pelanggan merupakan nanas dari jenis MD2 yang merupakan nanas paling terbaik dan termanis di MalaysiaLebih membuatkan Hans teruja harga jualan Nanas MD2 di kioks Nanas D Jeram ini yang menjualnya pada harga cuma RM6 sahaja. Memang murah dan jimat habis jika dibandingkan dengan jualan di luar yang mencatatkan harga sehingga belasan ringgit! Istimewanya tentang nanas MD2 ini ialah ia bukan sahaja memudahkan dari segi memotong buang kulit buahnya tetapi juga anda tidak akan berasa gatal di lidah apabila menjamah potongan buah ini.


Jadi, tibalah waktunya untuk Hans merasai sendiri potongan buah nanas MD2, jus nanas MD2, kuih tart nanas istimewa dari negeri Johor serta kopi nanas. Seperti yang dijangka, rasa buah nanas MD2 sangat sedap, manis dan tidak menggatalkan lidah. Jus nanas MD2 yang original tanpa sebarang campuran air juga sangat sedap tambah-tambah diminum ketika cuaca panas. Kuih tart nanas juga memang sedap pada jem nanasnya. Terakhir sekali ialah kopi nanas yang pada Hans boleh diminum dan kombinasi antara nanas dan kopi ini boleh diterima oleh tekak Hans. Secara keseluruhannya, anda wajib mencuba setiap hidangan pencuci mulut yang dijual di kioks Nanas D Jeram ini. 


Maka berakhir sudah misi pemburuan makanan Hans untuk pakej MAEPS Food Hunt kali ini. Pada pandangan Hans, memilih pakej MAEPS Food Hunt ini adalah sangat berbaloi kerana dengan hanya bayaran sebanyak RM65 sahaja, Hans mampu melawat dan menikmati makanan di setiap lokasi yang berada di dalam pakej ini dimana setiap makanan yang disediakan bukannya makanan biasa-biasa tetapi makanan luar biasa yang jika dibeli diluar sangat mahal tetapi disini anda dapat menikmatinya dengan harga yang sangat murah dan semestinya rasanya sangat lazat dan menggiurkan anda nanti. Jom ramai-ramai ambil peluang ini untuk mencuba Pakej Food Hunt yang disediakan di dalam program MAEPS Agrotourism Park ini. Serius sangat menguntungkan! 





4 ulasan:

  1. Menariknya nampak nanas manis-manis, kalau dekat dah serbu juga nih hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nanas dekat sini sedap sebab dia pakai nanas MD2

      Padam
  2. Rasa teringin pulak nak makan nanas. Tambahan pulak memang fevret

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com