Sabtu, 22 Februari 2020

Volkswagen Dan Tarik Jeans Lancar Koleksi Modern Nostalgia

Sabtu, Februari 22, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Ada tak di kalangan para pembaca dan pengunjung blog ini yang menggemari jenama pakaian denim jalanan tempatan yang bernama Tarik Jeans? Hans yakin pasti ramai yang menggemari jenama tersebut disebabkan kualiti pakaiannya yang memang bagus. Membuktikan lagi jenama ini cukup dikenali dan diyakini ramai apabila Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menjalinkan kerjasama dengan Tarik Jeans dalam usaha mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai Malayan Tapir yang kini diancam kepupusan. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pelancaran kapsul koleksi “Modern Nostalgia” yang eksklusif. Koleksi itu dilancarkan hari ini dan sudah boleh dibeli.


Untuk makluman semua, koleksi edisi terhad “Modern Nostalgia” menampilkan elemen-elemen penting kedua-dua jenama tersebut. Model-model ikonik dan moden Volkswagen digabungkan bersama elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan. Koleksi itu terdiri daripada pelbagai barangan seperti kemeja-T, topi, bandana, beg tote, rantai kunci dan pelekat pakaianMenurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, beliau menyatakan rasa terujanya kerana dapat berkolaborasi dengan Tarik Jeans untuk inisiatif ini dimana kumpulan Volkswagen telah banyak melabur ke dalam usaha ini menerusi lebih 500 projek kelestarian di seluruh dunia dan berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek yang penuh makna ini. Malayan Tapir pula dipilih disebabkan haiwan ini merupakan spesis terancam di Malaysia selain harimau Malaya, gajah Borneo dan orang utan. 


Malayan tapir merupakan satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand serta mempunyai corak badan yang tersendiri. Tapir mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, tetapi pembangunan tapak pertanian, pembalakan, diburu untuk dijadikan makanan dan penyeludupan secara haram telah membuatkan jumlahnya semakin berkurangan. Dianggarkan kini hanya terdapat kurang 3,000 ekor tapir sahaja yang tinggal. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana ia membantu menyebar dan menyuburkan benih yang amat diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok.


Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tarik Jeans, Afiq Iskandar pula yang menyatakan Malayan Tapir sentiasa menjadi sebahagian daripada estetika rekaan Tarik. Jadi ia telah ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) dimana kedua-duanya dicipta selari dengan falsafah jenama Tarik Jeans. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, pihak syarikat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama automotif yang inovatif seperti Volkswagen.


Sebagai satu kapsul koleksi, ‘Modern Nostalgia’ banyak berkisar tentang model-model Volkswagen dan kecenderungan Tarik terhadap skim rekaan retro-futurism Malaysia. Barangan daripada koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati di laman web Volkswagen dan Tarik Jeans, Shopee, Zalora dan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Sebanyak 50 peratus daripada jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April depan.

Retail Outlets:

Volkswagen: 

Tarik Jeans: 

Shopee: 

Zalora: 

All Volkswagen dealers nationwide (selected items)

#VWTarikModernNostalgia
#VWTarikSaveTheTapir

Review Filem Brahms: The Boy II

Sabtu, Februari 22, 2020 4
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem seram berjudul Brahms: The Boy II yang merupakan sekuel kepada filem The Boy di TGV The Mines pada 20 Februari 2020 yang lepas. Jika dilihat kepada filem pertamanya, penonton diperlihatkan dengan kisah anak patung lelaki bernama Brahms yang sememangnya hanya sekadar sebuah anak patung yang dikawal oleh seorang lelaki yang mengalami masalah psikologi. Jadi, adakah pengalaman penonton filem pertama akan terjejas apabila menonton filem sekuel ini dimana kisahnya menyatakan bahawa Brahms sememangnya merupakan sebuah anak patung yang mempunyai roh jahat dan hidup?


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem SERAM terbaru ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem BRAHMS: THE BOY II dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :)

Review Filem The Call Of The Wild

Sabtu, Februari 22, 2020 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak Walt Disney Pictures untuk menghadiri tayangan filem terbaru berjudul The Call Of The Wild yang berlangsung dengan meriahnya di MBO Atria pada 19 Februari 2020 yang lepas. Filem yang menggunakan banyak imej janaan komputer (CGI) ini nampak gayanya menjadi daya penarik kepada penonton-penonton yang menyayangi haiwan untuk datang ke pawagam menonton filem pengembaraan yang pada Hans mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri. 


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem terbaru ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem THE CALL OF THE WILD dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Promosi Terbaru Vietjet: Diskaun 50% Untuk Semua Laluan Seluruh Asia Termasuk Malaysia

Sabtu, Februari 22, 2020 24
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Syarikat penerbangan baru yang semakin mendapat tempat di hati pengguna iaitu Vietjet telah mengumumkan satu promosi terbaru yang cukup istimewa dimana mereka menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas tambang tiket untuk semua laluan(*). Tawaran promosi ini kini bermula pada 21 Februari 2020 sehingga 29 Februari 2020 dimana ia memberikan peluang terbaik buat mereka yang ingin melancong ke destinasi-destinasi baru yang menarik sambil sambil menikmati penerbangan hijau bersama dengan Vietjet.


Untuk memperoleh tawaran hebat ini, anda hanya perlu masukkan kod "BOOKNOW50" semasa membuat tempahan tiket untuk melayakkan anda memperoleh diskaun 50% tersebut. Tawaran istimewa ini termasuk semua laluan domestik di Vietnam dan Thailand, serta laluan antarabangsa yang menghubungkan Vietnam dengan destinasi menarik di seluruh Asia iaitu Malaysia, India, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan, Singapura, Myanmar, Kemboja, dan lain-lain. Tawaran ini sah untuk perjalanan anda antara 20 Februari 2020 hingga 27 April 2020(**).

(*) Tidak termasuk cukai dan yuran
(**) Tidak termasuk cuti umum


Menurut Naib Presiden Vietjet, Nguyen Thanh Son yang menyatakan bahawa rangkaian penerbangan antarabangsa mereka kini semakin luas berkembang dimana Vietjet kini dihubungkan dengan banyak destinasi baru yang menarik, selamat  dan penuh dengan budaya yang unik serta indah seperti Tokyo, Osaka, Nagoya, Fukuoka untuk Jepun, Bali di Indonesia dan dua hub terbesar di India iaitu New Delhi dan Mumbai. Selain itu, destinasi yang menakjubkan di Vietnam seperti Hanoi, Ho Chi Minh City, Da Nang, Nha Trang, dan lain-lain turut ditawarkan di dalam promosi kali ini. Sebagai syarikat penerbangan pilihan rakyat dan pelancong, Vietjet berjaya menjadi perintis di dalam menawarkan peluang penerbangan kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia disamping mempromosikan revolusi penerbangan serta menyumbang kepada perubahan sosio-ekonomi terhadap banyak destinasi yang menjadi laluang penerbangan syarikat Vietjet ini. Dilengkapi dengan peralatan dan reka bentuk yang moden, bahan bakar yang efisyen, penerbangan mesra eco dari Vietjet ini pasti akan memberikan anda satu pengalaman penerbangan baru pada ketinggian 10,000 meter.


Dengan promosi diskaun sebanyak 50%, Vietjet turut mengalu-alukan semua penumpang untuk menyertai program "Protect Our Planet - Fly With Vietjet". Vietjet memulakan perjalanan baru untuk menakluk destinasi baru sambil memberi inspirasi dan memanggil orang di seluruh dunia untuk bersatu bagi melindungi alam semula jadi dan bumi untuk masa hadapan, membawa nilai-nilai murni dan beradab serta mengurangkan risiko bencana alam serta wabak.

Untuk pengetahuan anda semua, Vietjet kini mengendalikan laluan Kuala Lumpur - Ho Chi Minh pada setiap hari. Masa penerbangan setiap sektor pula adalah kira-kira 1 jam 55 minit. Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 13:10 dan tiba di Ho Chi Minh City pada jam 14:05. Manakala penerbangan pulang dari Ho Chi Minh City pula pada jam 9:30 dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 12:25 (kesemuanya waktu tempatan). Buat anda yang ingin merebut tawaran tiket promosi ini atau ingin tahu lebih lanjut tentang syarikat penerbangan Vietjet, anda boleh layari laman sesawang serta laman sosial mereka seperti dibawah:

Laman Web:

Aplikasi Mudah Alih:
Vietjet Air

Facebook:
(hanya klik tab "Tempahan")

Pembayaran Boleh Dibuat Melalui:
 Kad Visa / MasterCard / AMEX / JCB / KCP / Kad UnionPay

Jumaat, 21 Februari 2020

Review Filem Rock 4: Rockers Never Dai

Jumaat, Februari 21, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak Primeworks Studio untuk menghadiri Malam Gala Filem Rock 4: Rockers Never Dai yang berlangsung dengan sangat meriah di MMCineplex eCurve pada 12 Februari 2020 yang lepas. Selepas kejayaan hebat trilogi filem Rock yang bermula dengan Rock (2005), Rock Oo! (2012) dan dan Rock Bro! (2016) maka sekali lagi Mamat Khalid mempertaruhkan Rock 4: Rockers Never Dai untuk para peminat genre rock serta penonton yang bersemangat untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang kumpulan Rimba Bara. Namun, adakah filem keempat ini lebih hebat dan menyengat jika hendak dibandingkan dengan filem terdahulu seperti Rock Oo! dan Rock Bro!


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem tempatan terbaru ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Selasa, 18 Februari 2020

Review Filem Hitman: Agent Jun

Selasa, Februari 18, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak ATriNaga untuk menghadiri tayangan filem Korea berjudul Hitman: Agent Jun yang berlangsung dengan meriahnya di TGV One Utama pada 17 Februari 2020 yang lepas. Filem yang telah mencipta fenomena di Korea Selatan apabila bilangan penonton melepasi 1 juta orang pada tayangan hari kelimanya ini wajar diberikan pujian kerana ia membawakan satu konsep yang cukup segar dimana gabungan antara dunia komik dan dunia nyatanya sememangnya menjadi dan tampak cukup menarik untuk ditonton sejak permulaan cerita sehingga kepada pengakhirannya yang penuh dengan lawak jenaka.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem aksi komedi terbaru dari Korea ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem HITMAN: AGENT JUN dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Ahad, 16 Februari 2020

Review Filem Sonic The Hedgehog

Ahad, Februari 16, 2020 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak United International Pictures untuk menghadiri tayangan media filem Sonic The Hedgehog yang berlangsung di MBO The Starling pada 12 Februari 2020 yang lepas. Filem live-action yang diadaptasi daripada permainan video popular SEGA ini akhirnya menemui peminat-peminat watak Sonic yang sebelum ini mengamuk besar dan sakan mengkritik reka bentuk animasi Sonic yang ternyata kelihatan buruk dan menggerikan serta jauh daripada rupa animasi yang sebenar. Ternyata keputusan menangguhkan tayangan filem Sonic The Hedgehog ini yang sepatutnya ditayangkan pada November 2019 untuk memperbaiki semula kecacatan fizikal Sonic membuahkan hasil apabila ianya kembali mendapat pujian dan menjadi buah mulut para kaki wayang di seluruh dunia. 


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem terbaru ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem SONIC THE HEDGEHOG dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Review Filem Happy Old Year

Ahad, Februari 16, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Thailand berjudul Happy Old Year bertempat di Amerin Cineplex, Seri Kembangan pada 13 Februari 2020 yang lepas. Walaupun momentum penceritaan filem ini sangat perlahan namun Hans sangat menyukai intipati penceritaannya yang betul-betul makan dalam dan membuatkan Hans sendiri bermusahabah selepas selesai menonton filem ini. Secara tersuratnya, filem ini sangat mudah dimana ia membawa Hans untuk menonton kisah seorang wanita bernama Jean yang ingin menukarkan rumahnya yang sempit akibat dipenuhi banyak barangan yang tidak digunakan kepada sebuah ruang pejabat yang luas dan memuatkan jumlah perabot yang minima. Tetapi, perkara yang tersirat di sebalik kejadian ini yang sebenarnya menjadikan filem ini bukannya sebuah filem biasa yang klise.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem menarik dari Thailand ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem HAPPY OLD YEAR dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Review Filem Secret Zoo

Ahad, Februari 16, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak GSC Movies untuk menghadiri tayangan filem Korea berjudul Secret Zoo yang berlangsung di GSC One Utama pada 11 Februari 2020 yang lepas. Memandangkan pengarah filem ini telah terlibat di dalam filem komedi Korea berjudul Extreme Job yang sememangnya sangat menghiburkan maka semestinya Hans menaruh harapan yang tinggi agar filem ini berdiri sama tinggi atau lebih lucu kisahnya berbanding filem Extreme Job. Tidak dinafikan filem ini masih mampu membuatkan Hans ketawa berdekah-dekah. 


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem komedi terbaru dari Korea ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem SECRET ZOO dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Sabtu, 15 Februari 2020

Review Filem Malang

Sabtu, Februari 15, 2020 0
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem  Bollywood berjudul Malang bertempat di TGV Cinemas Jaya Centre pada 8 Februari 2020 yang lepas. Malang merupakan sebuah filem yang mempertaruhkan gabungan kisah cinta dan dendam yang dipaparkan secara serentak menggunakan dua latar kisah yang berbeza. Tidak dinafikan filem ini menghiburkan namun terdapat beberapa perkara yang dilihat mengganggu kelancaran momentum filem ini untuk pergi lebih jauh daripada yang Hans jangkakan.


P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem Bollywood terbaru ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem MALANG dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Jumaat, 14 Februari 2020

Melancong Ke Bandung Lebih Mudah Dan Murah Dengan Syarikat Penerbangan Citilink Indonesia

Jumaat, Februari 14, 2020 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Laluan Antarabangsa Terbaru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh syarikat penerbangan Indonesia iaitu Citilink Indonesia.


Menurut Presiden merangkap CEO Citilink iaitu Juliandra yang menyatakan Bandung, Indonesia merupakan destinasi popular pilihan pelancong dari Malaysia apabila berkunjung ke Indonesia. Menurut Badan Perangkaan Kebangsaan (BPS), rakyat Malaysia berada di kedudukan tertinggi dalam senarai pelancong asing di Indonesia pada 2019 dengan jumlah kunjungan sebanyak 2.98 juta iaitu meningkat sebanyak 18.51% berbanding tahun 2018. Dengan adanya laluan antarabangsa terbaru dari Kuala Lumpur ke Bandung ini, mereka berharap agar lebih ramai lagi pelancong daripada kedua-dua buah negara melancong antara satu sama lain yang pastinya akan menambah lagi keuntungan negara dan industri pelancongan Malaysia dan Indonesia.


Untuk maklumat para pembaca sekalian, laluan terbaru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah laluan antarabangsa ke-10 untuk Citilink Indonesia dan laluan antarabangsa ke-4 untuk Citilink Indonesia ke Kuala Lumpur. Citilink Indonesia telah melakukan penerbangan komersialnya ke Kuala Lumpur dari Jakarta, Surabaya dan Denpasar.


Apa yang menarik tentang Citilink Indonesia ini ialah pihak mereka beroperasi di KLIA1 yang dikenali sebagai pusat penerbangan antarabangsa dari mana-mana negara di seluruh dunia bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua penumpang. Selain itu, Citilink Indonesia juga memberikan makanan percuma dan bagasi percuma 10kg kepada para penumpang mereka. Memang sangat berbaloi sebab harga tiket sememangnya murah dan harga tersebut termasuk dengan makanan dan bagasi percuma 10kg. Susah nak dapat tawaran hebat ini kalau dengan syarikat penerbangan yang lain. Hans sendiri pun merancang nak bercuti ke Bandung nanti dan memang nak cuba sendiri naik Citilink Indonesia ini.


Perkhidmatan baru ini boleh didapati setiap hari menggunakan Airbus A320. Menurut jadual, penerbangan Bandung-Kuala Lumpur, atau QG 538 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara pada pukul 5:50 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 09:15 pagi masa tempatan.


Untuk maklumat lanjut tentang Citilink Indonesia, anda boleh layari laman sesawang dan laman sosial mereka seperti yang Hans kongsikan di bawah:

Laman Sesawang:

Facebook: 

Instagram: 

Twitter: 

Youtube: 


Selasa, 11 Februari 2020

Kedai Makan Fei & Ali : Tempat Makan Menarik Di Shah Alam Selangor

Selasa, Februari 11, 2020 8
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah berkesempatan untuk menjamu selera di Kedai Makan Fie & Ali yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam , Selangor. 



Untuk pengetahuan semua, Kedai Makan Fie & Ali ini telah mula beroperasi sejak bulan April 2017 lagi dan masih bertahan serta mendapat permintaan daripada para pelanggan serta peminat setia hidangan-hidangan tempatan serta barat yang disediakan disini.. 


KEDAI MAKAN FEI & ALI

Alamat:
No.22,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
Seksyen 9,
40100 Shah Alam.
Selangor.

Hari & Waktu:
Selasa - Khamis (12.00 P.M - 10.30 P.M)
Jumaat (12.00 P.M - 11.00 P.M)
Sabtu - Ahad (12.30 P.M - 11.00 P.M)
Isnin (Tutup)

Whatsapps:
+601110538061

Facebook:
Kedai Makan Fei & Ali

Instagram:


Hans sendiri mengambil peluang ini untuk mencuba beberapa menu menarik yang ditawarkan disini. Antara makanan dan minuman yang Hans telah berjaya cuba dan nikmati dengan sepenuh jiwa di Kedai Makan Fie & Ali ialah:

1) SET AYAM GORENG KUNYIT SAMBAL TERANGKAT
Harga:
RM10.00

Pandangan Hans:
Jika dilihat dari sudut ayam kunyit yang digoreng bersama sayur kacang panjang, lobak merah dan bawang ini yang disertakan bersama nasi putih, telur mata dan kicap maka ia dilihat sama sahaja seperti diluar. Tetapi, apa yang membuatkan hidangan ini lain daripada tempat lain ialah sambal yang disediakan. Memang kena pada namanya dimana sambal ini pasti akan membuatkan anda terangkat sama ada kerana gembira dengan rasanya atau pun terangkat disebabkan menahan pedas. Untuk Hans yang merupakan spesis manusia yang suka makan pedas maka sambal terangkat ini tidak lah pedas mana tetapi sedap untuk dimakan.

2) WESTERN PLATTER
Harga:
RM57.80

Pandangan Hans:
Set hidangan yang sesuai dimakan untuk 2 hingga 3 orang yang kuat makan ini sememangnya adalah menu yang sangat tepat untuk anda cuba apabila berkunjung ke sini. Bukan sahaja pasti mengenyangkan perut anda tetapi juga menawarkan pelbagai jenis rasa hanya dengan menikmati set ini. Antara hidangan yang terdapat di dalam set istimewa ini ialah:
- Beef Teriyaki Slices
- 2 cucuk Lamb Skewer
- 3 ketul kepak ayam pedas
- 5 ekor udang Garlic Herbs  
- Salad brokoli cendawan
- 8 gegelung bawang (Onion Rings)
- 1 mangkuk nasi mentega (Butter Rice)
- 1 mangkuk Gamberoni Pasta
- 1 mangkuk Aglio Olio

Menariknya tentang set ini ialah hampir semua bahan yang ada di dalam Western Planner ini amat disukai oleh Hans. Rasa Lamb Skewer memang sedap dimana perapannya dapat dirasai di dalam isi daging itu sendiri yang sangat lembut dan langsung tidak liat. Rasa kepak ayam yang manis pedas disebabkan sambal cili hijau yang diletakkan pada ayam juga membuatkan Hans sangat gembira dapat menikmati kepak ayam disini. Rasa udang yang dimasak bersama herba bawang putih juga bagi Hans memberikan satu rasa yang baru kepada udang di dalam set ini. Belum lagi dengan rasa pasta yang penuh dengan keju serta rasa pedas-pedas manjanya yang membuatkan Hans sangat menyarankan anda untuk mencuba hidangan ini jika berkunjung ke Kedai Makan Fei & Ali ini nanti.

3) TEH TARIK SEMANIS CINTA KU PADA MU
Harga:
RM8.80

Pandangan Hans:
Persembahan minuman ini memang menarik dimana air teh tarik disertakan dengan aiskrim dan juga popcorn pada bahagian atasnya. Seperti mana nama yang diberi maka semestinya anda sendiri dapat meneka bahawa air teh tarik ini sememangnya manis dan sesuai dengan mereka yang sukakan variasi teh tarik gaya hipster sebegini.

4) HOUSE SPECIAL HONEY LEMON COOLER
Harga:
RM5.40

Pandangan Hans:
Hans sukakan minuman ini kerana rasa manisnya yang sederhana tetapi sangat sedap dan begitu menyegarkan selepas selesai Hans menghabiskan minuman ini. Buat anda yang lebih suka terhadap minuman yang sihat maka boleh mencuba minuman ini nanti.


Walaupun ruang tempat makan di dalam Kedai Makan Fie & Ali ini tidak terlalu besar tetapi Hans tetap selesa menikmati makanan dan minuman disini sambil melihat dekorasi minima yang cantik ditambah dengan suhu dalam kedai yang sejuk. Ditambah layanan para pekerja disini yang bagus maka Hans sangat gembira dapat menjamah makanan disini untuk pengalaman pertama kali Hans berada di dalam Kedai Makan Fie & Ali. In Sha Allah pada waktu akan datang Hans akan kembali kesini untuk mencuba hidangan yang lain pula sebab Hans dikhabarkan memang ada banyak lagi hidangan yang sedap-sedap disini yang sentiasa mendapat permintaan oleh pelanggan setia mereka.


Jadi, buat anda yang masih tidak tahu hendak makan dimana atau anda berminat untuk mencuba hidangan yang Hans kongsikan pada artikel kali ini, silalah berkunjung ke Kedai Makan Fie & Ali dan Hans yakin anda pasti akan berpuas hati dengan setiap jenis sajian yang disediakan sewaktu kunjungan anda disini nantiSelamat menjamu selera!