Yasmin Ahmad Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-54

Allahyarham Yasmin Ahmad diiktiraf sebagai pengarah terbaik untuk filem Mualaf yang juga filem terakhir beliau pada Festival Filem Asia Pacific yang ke-54 yang berlangsung di Taipei semalam dan ini merupakan anugerah pertama yang dimenangi oleh delegasi Malaysia untuk anugerah pengarah terbaik sepanjang penyertaan Malaysia di dalam festival filem ini.

Filem Malaysia lain yang turut menyertai festival ini selain Mualaf ialah filem Magika, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur dan Cinta Ais Kacang. Malaysia sebelum ini pernah memenagi beberapa kategori besar melalui Tan Sri P.Ramlee untuk pelakon lelaki terbaik melalui filem Anakku Sazali(1957) serta Maya Karin(2004) serta Datin Seri Tiara Jacquelina(2005) untuk anugerah pelakon wanita terbaik.

Sumber Daripada BERNAMA




Aku memang berkeinginan untuk tengok filem nih tapi masih belum berkesempatan. Kawan aku dah ada filem nih dalam laptop dia tapi aku tak sempat nak ambil salinan. Jadi, aku tak tahu macam mana kisah filem nih tapi apa - apapun tahniah pada semua team produksi filem Mualaf kerana kejayaan ini.

P/S : Rindu Karya - Karya Seperti Allahyarham Yasmin Ahmad Ini

11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hmmm...Mualaf ni filem yang kena banned kat Malaysia tu kan? Dh leh tayang ker? Ummmphh..ke aku yg ketinggalan zaman nih... :/

    BalasPadam
  2. adia : eh,dah lama dah tayang..ari tu ada tayang lah dkt Malaysia..tapi bukan semua pawagam

    BalasPadam
  3. aku pun tak pernah lagi tengok cerita tu..

    BalasPadam
  4. tak penah tgk citer nih...kat ffm xpulak dpt award...huhu

    BalasPadam
  5. ak baru tau mualaf dah tayang.hahha...

    BalasPadam
  6. paling suka filem sepet..mmg best! x pernah lg ada filem yg plotnya camtu..

    BalasPadam
  7. rasa macam dah tengok ^^
    aah. ada dalam lappy :)

    BalasPadam
  8. xsilap aku citer ni xleh tayang kat malaysia..

    BalasPadam
  9. Filem ni dah pun ditayangkan di Malaysia tetapi tidak mendapat sambutan.
    Biasa la bila dah menang something kat luar negara baru org sibuk nak tengok.

    BalasPadam
  10. aku pun xthu pasal kewujudan filem ni sbb xpnh main kt tv pun...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama