Makanan Bazar Ramadan Sedap Ke?

Assalammualaikum serta salam sejahtera kepada semua pembaca blog hanshanis.com dan memang dah lama Hans tak kongsi cerita atau pengalaman sepanjang minggu lepas umat Islam mula berpuasa. Seperti tahun-tahun yang lepas apabila tibanya bulan Ramadan maka satu isu yang selalu diperkatakan ialah kualiti serta tahap kebersihan makanan yang disediakan oleh peniaga-peniaga yang mendapat tapak untuk menjual makanan mereka di bazar ramadan.


Jika tahun lepas, Hans sendiri mempunyai pengalaman buruk membeli makanan di bazar Ramadan dimana Hans sendiri mengakui agak gerun juga bila teringat balik (boleh baca entry ini - Hampir Mati Di Puasa Hari Ketiga) dan untuk tahun ini juga Hans nak berkongsi sedikit pengalaman sepanjang membeli-belah di Bazar Ramadan untuk tahun ini.

Gambar Hiasan

1) Nasi Kerabu (Bazar Puncak Jalil) - Sebenarnya Hans mula meminati makan nasi kerabu nih pada bulan 4 tahun ini. Dan suku abad hidup baru nak makan nasi kerabu. Kalau tahu sedap dah lama aku makan. Hahaha! Jadi, sewaktu  berkunjung ke bazaar Ramadan Puncak Jalil, ada seorang abang ini menjual nasi kerabu bertentang tempatnya dekat restoran mamak. Waktu tu kita masih baru lagi berpuasa jadi memang masa Hans sampai tu tak ada langsung orang beratur panjang. Hans pun malas nak fikir panjang sebab Hans percaya yang beratur panjang pun kadang-kadang tak sedap mana pun. Bila waktu berbuka...mak datooooo!!! Sedap bak hanggggg! Serius sedap! Housemate Hans yang orang Kelantan pun cukup suka nasi kerabu abang nih. Lusa pergi balik sana dah mula kena beratur! Punya lah panjang hahhhh!! Tapi yang seronok tu kualiti dan kuantiti nasi dan lauk dia tetap sama macam mana Hans beli waktu kedai nih tak popular lagi. Memang bagus abang nih. Harap tahun depan jual lagi nasi kerabu dengan rasa yang sama di Bazar Puncak Jalil yer.

Gambar Hiasan

2) Cucur Cempedak (Bazar X) - Memandangkan Hans teringin sangat nak makan (dah macam orang mengidam) dan tengah melihat makanan-makanan yang dijual tu tiba-tiba terbau pula aroma cucur cempedak yang harum tu. Fuhhh!! Pergi lah tanya kedai tu :-

Hans : Akak! Ini kira macam mana yer?

Penjual : 3 biji RM2!

Hans : Hah? Sorry? Berapa kak?

Penjual : RM2...3 biji bang!

Hans : Oh...okay! Bagi...bagi...(dalam hati terfikir asal mahal sungguh nih)..RM4 lah macam tu...

Datang pula dua orang Cina bertanyakan harga cucur cempedak dan bila dapat tahu harganya macam tu terus mereka tak jadi beli. Hans tak tahu lah kalau korang rasa harga tu murah ker tak tapi bagi Hans memang mahal sebab selalunya Hans beli RM1 dapat 3 biji. Paling-paling tidak pun kalau RM2 dia bagi 4 atau 5 biji tu boleh juga lah Hans pertimbangkan. Hans boleh terima kalau RM2 untuk 3 biji tapi besar-besar isinya. Ini kecil jer pun! Haihhh!! Tak tahu nak cakap lah akak nih punya lah nak untung sampai macam tu sekali! Tunggu Hans balik kampung nanti aku goreng satu buah terus. Murah pun murah! Nasib dekat sini tak ada masa nak masuk dapur jer. Hahaha!


Gambar Hiasan

3) Ayam Golek (Bazar K) - Sebab apa Hans tak percaya sangat bila orang beratur panjang ini bukti kedai tu sedap sebab Hans dah terkena dengan kedai ayam golek ini. Seekor dijual RM16 dan memang tak lah aku nak mengketedarah semua tu. Jadi, penjual kedai nih juga ada jual setengah ekor dengan harga RM8. Hans pun belilah dengan harapan nanti kalau ada kawan minta boleh juga Hans bagi sebab setengah ekor pun banyak. Dan Hans sebenarnya beli ayam tu jer sebab bercadang nak makan ayam dengan kuih jer. Sekali ayam tu masak luar jer!!! Dalamnya ada bahagian yang masak dan ada yang tak masak. Tak ker aku mencarut tiba-tiba depan ayam golek tu sebab geram!!! Tak faham juga lah macam mana boleh tak masak sedangkan hari-hari kau jual benda yang sama. Kesimpulannya bakar ayam sendiri juga lah yang confirm masak luar dalam.

Gambar Hiasan

Tetapi, alhamdulillah setakat ini Hans tak ada lagi lah terbeli makanan yang berbau atau berulat ker. Syukur sangat-sangat! Tak dinafikan ada penjual makanan di bazar makanan yang memang di bulan lain pun berniaga makanan. Ada yang baru cuba berniaga dan alhamdulillah makanan mereka memang sedap. Ada juga yang berniaga sebab nak kejar keuntungan jer dan semestinya harga cekik darah tetapi rasa makanan memang tak boleh belah. Hans sebenarnya berharap sangat sesiapa yang nak jual makanan di bazar Ramadan nih kalau boleh tu biarlah korang nih memang tahu memasak. Jangan lah tak pandai masak tapi beriya-iya juga nak menjual dan akhirnya korang disumpah seranah oleh pembeli. Bab tak sedap tu tak apa lagi tetapi tolonglah jangan cekik darah dan jaga kualiti serta kebersihan makanan. 



Ada pula sesetengah orang nih yang jenis suka kutuk pembeli-pembeli di bazar Ramadan nih. Kata mereka kalau asyik mengadu jer jangan beli! Masak sendiri! Tetapi, kepada yang suka mengutuk tu korang kena faham lah bukan semua pembeli tu yang bekerja ikut waktu pejabat. Ada yang bekerja sampai malam. Ada yang tak tentu masa. Yang kerja pejabat pun tak sempat nak balik masak kalau dah nak menghadap kesesakan jalan jer dah lebih sejam. Nak tak nak terpaksa lah beli dekat bazar Ramadan. Dapat beli makanan yang sedap dan berkualiti...alhamdulillah! Cuma kalau dapat makanan yang buat perut kau meragam...tak akan kau nak senyum??



Kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan(terutama yang mengejar keuntungan semata-mata)...kami nih sebagai pelanggan anda dan selain membeli makanan untuk mengisi perut kami sewaktu berbuka...kami juga sebenarnya membantu perniagaan anda! Bab rasa itu sebenarnya subjektif. Mungkin Hans beli makanan kamu dan Hans rasa tak sedap tetapi mungkin orang lain suka. Tetapi, yang Hans nak tekankan disini ialah :



1) Jagalah dari segi kualiti makanan. Makanan tu biar masak betul-betul! Jangan mentah di dalam! Potong tau selera dengan emosi waktu berbuka!



2) Jangan lah kitar semula makanan dua hari lepas untuk dijual pada keesokan hari! Kerajaan suruh kitar semula barang terpakai jer tapi itu korang tak nak pula buat (kalau buat Alhamdulillah) tetapi kitar semula makanan juga yang korang nak buat. Korang tahu tak azab keluar masuk bilik air? Kesian lah pada pelanggan korang yang sampai tak boleh berpuasa keesokan hari sebab makanan yang korang jual tu dah basi atau sebagainya.


3) Bab jual air tu kalau boleh jangan lebihkan ais dengan gula. Lebihkan kordial atau isi buahnya. Korang letak situ Air Tembikai tetapi bila minum rasa macam sirap jer pun. Kadang-kadang ais yang lebih daripada air. Hans jarang beli air dekat bazar melainkan bila balik Kedah nanti confirm akan pergi beratur dekat bazar Ramadan Jalan Stadium sebab nak beli Air Teh Bunga Terbaikkkkk. Korang yang jual air ini insyallah mesti untung jadi lebih-lebihkan lah sikit apa yang patut tu.


4) Bab harga lah yang wajibnya! Macam tadi Hans cerita pasal cucur cempedak tu. Ada juga jual air sebungkus RM5. Apa kejadah tu? Bukan bungkus besar tetapi bungkus kecil! Kalau betul sedap tak apa juga tapi...faham-faham sendiri lah! Tak tahu lah sebab apa korang jual mahal..mungkin sewa tapak mahal ker apa ker...tetapi ada juga penjual dekat kawasan bazar yang sama jual murah pula dari korang. Hahaha! Memang lah berniaga semua nak untung tetapi ambil untung banyak sangat pun tak baik juga. Sama-sama lah beramal untuk orang yang beli makanan atau minuman yang korang jual untuk berbuka nanti.

Jadi, setakat ini sahaja lah rasanya coretan Hans pada kali ini. Kalau korang ada pengalaman menarik di Bazar Ramadan sama ada pengalaman tahun ini atau sebelum ini tidak kiralah pengalaman manis atau buruk...boleh kongsikan di ruangan komen yer. Jadi, selamat beramal di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Assalammualaikum :)

66 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. amboi hang hans skali menulis hatudiaaaa.... aku pon tak berkesempatan lagi p bazar jalan stadium tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku mana pergi lagi bazar jalan stadium..hujung2 ramadan baru pi

      sesekali tulis memang la panjang..hahaha

      Padam
  2. panjang lebar entry ek?hahaha
    buat sy lapar je nihh.. hadoiii

    cucur cempedak mahal gilaaaaaaaa...baek buad sendiri lagi bagussss.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu xper...kalau dekat rumah memang goreng sendiri jer

      Padam
  3. Akak Jm x pegi lagi bazar ramadon tahun sbb apa kualiti mknan agak menyakitkan hati dari mengeji je baik x yah g beli. Ada pengalaman buruk ngan bazar ni sbb tu dh lama x pegi masak ikut suka nak kaut untung je lebih tp kualiti x jaga. So masak sendiri wlau x sedap mcm chef yg masak :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal
      ada yang berkualiti tapi tak banyak
      kesian kan yg betul2 ikhlas berniaga tapi akhirnya sebab ada yang hampeh...tak pasal2 dia pun kena..

      Padam
  4. semalam pun ika cerry berry sbb beli mknn kt bazar.. pastu harini lak x terbangun sahur.. mmg lembik gile la harini.. rase cam lmbt je nk smpai wktu buke.. tp mmg xde choice, nk msk, balik kje pn dh kul bpe.. dok bujang, camni la.. haa.. kn dh ade sesi meluah perasaan kt sini.. maaf ye tuan tanah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa...memang saya suruh share pengalaman pun :)
      tu lah...Hans tahun nih alhamdulillah tak ada lagi lah kena cirit birit
      tahun lepas rasa pernah sekali

      Padam
  5. ahahaa..syoomell laa dialog2 kat gambaq2 tuhh!! >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...lama xbuat komik..tu terasa nak buat tu

      Padam
  6. haha tersengih sendiri membaca dialog2 di atas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      memang niat nak hiburkan pembaca dengan buat dialog2 macam tu :)

      Padam
  7. bagi aku laa kan hans...peniaga bazar nie tergolong dari 2 jenis...
    1) memang dia peniaga full time yang amik tapak kat bazar ramadhan...
    2) peniaga yang hanya berniaga pada bulan ramadhan...
    masalah timbul normally kepada golongan no 2 nie...disebabkan dia bukan peniaga full time jadi kekadang dia tatau mcm mana nk preserve makan dan kekedang simpan makanan hingga busuk dan dijual tanpa disederi...memandangkan dorang nie hanya nak berniaga bulan pose jadi mereka nie tak kisah pun letak harga mahal sbb mereka nak berniaga sebulan jer..itu pendapat aku laa...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups..mcm yang ku tulis tu...golongan nombor 2 tu yang buat spoil tu

      Padam
  8. mak aiiii...memang mahal cucur tuh..kalau dah mengidam bolehlah beli kan..tapi kalau tak..memang x beli la.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu xper
      beli sekali tu jer lah
      mana beli dah
      hahaha

      Padam
  9. tahun ni baru sekali jejak bazar.. tak minat aihh nak berjalan sesak gitu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sometimes sesak-sesak best
      sebab saya suka tengok gelagat orang

      Padam
  10. alhamdulilah peg bazar pon sebab nak cari popia basah... ok jer stkt nie dekat bazar.. btw cuma harga yg 3 rm2 tu mmg xley blah.. mahal kot..

    BalasPadam
  11. omakai mahainya....tak g bazar ramadhan lagi tahun ni..

    BalasPadam
  12. bulan ni, insyaAllah takkan jejak ke bazar. bukan xnk support org melayu tp kualiti dan kuantiti tu. Aku lebih rela masak sendiri. hehehe hai hans. igt aku lagi x ? heee

    BalasPadam
  13. pengalaman manis:
    saya memang sejak kecik, kalau pergi bazaar ramadhan je mesti datang lambat.
    bukan tak sengaja lambat, tapi memang intended pun.
    sebab apa ? mesti pelik kan?

    SEBAB NAK DAPAT HARGA MURAH LA !! HEHEHE
    selalu org yg meniaga akan diskaun kaw kaw kalau nak tutup tak. nak clear punya pasal
    itula pengalaman manis saya :P

    BalasPadam
  14. selalu gi bazar beli air jer...so far sini punya bazar makanan idak ler mahal sgt pun...air sebungkus RM1 lagi...yang lain-lain macam kuih semua tue tak tahu pulak ghupe cm mna sbb xprnh beli...hehe

    BalasPadam
  15. Nafsu saya untuk ke bazar Ramadan tahun ni dah hilang, walaupun bazar tu dok depan pintu pagar tempat kerja saya. Saya selalu beli kat Petronas je makanan untuk berbuka puasa sebab selalunya sampai rumah, langit dah gelap, tak sempat nak berbuka kat rumah, maklumlah, perjalanan je dah sejam.

    BalasPadam
  16. Kadang2 bulan Ramadhan la bulan yang peniaga suka ambil kesempatan. Kalau nak kaya cepat pun biar la kena caranya. Zumal pernah beli kuih kat 1 gerai, rasanya sedap la esok kita nak cari lagi kan... Tapi esoknya tu dah tak sedap, kuih semalam yang tak habis. Keras macam batu. Kalau semua boleh buat sendiri kan bagus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah kan
      sebab tu Hans cakap peniaga ni kena ingat sebenarnya mereka berniaga nih bukan setakat nak untung tapi sebenarnya mereka beramal kepada orang yang berpuasa dan beli makanan mereka

      Padam
  17. saya gi bazzaar selalunya tengok je..hehehe..lepas tu balik

    BalasPadam
  18. Tahun ni, dah 2 kali saya sakit perut.... tobat xnak pergi lagi dah...

    BalasPadam
  19. cempedak 3 biji rm 2 mmg mahal sbb satu buah cempedak yg cuma berapa rm tu dalamnya blh jual byk ...

    BalasPadam
  20. df kene food poison sebab makan roti john . sangat terseksa =.=

    BalasPadam
  21. tahun lepas slalu beli kt bazaar ramadhan tpi tahun ni kurang sikit. tpi makanan kt bazaar sedap jugak rasa dia

    BalasPadam
  22. walaupun kita bukan peminat nasi kerabu, tapi tengok gambar macam best je nasi kerabu tu...Nway kita pun agak terkejut pasal cempedak goreng tu ...kita orang beli last wo day...4 biji RM2...rasanya agak mahal coz cempedak tu kecil sangat..hmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...
      nasi kerabu tumis puncak jalil sedap owhhh

      Padam
  23. assalamualaikum hans...mama belum pernah lg pi bazar ramadhan puasa tahun ni ...rasanya masak kat rumah lebih baik n sedap kot..:)

    BalasPadam
  24. Sejak 1 Ramadan sampai sekarang, belum pernah lagi menjenguk bazaar, semua makanan mummy yang sediakan. Alhamdulillah. ^_^ Selamat beribadah di bulan puasa.

    BalasPadam
  25. Seminggu pergi bazaar hehehe...sekali terkena beli ikan kari seketul sampai rm 8 , lepas tu terus insaf...sekarang ni hari2 masak..

    BalasPadam
  26. Hari ke 3 puasa ayu xsihat. Enciksuami beli nasi ayam. Nampak yummy tapi nasinya jelantah. Sob sob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. adoiiii
      nasi kalau lembik boleh makan lagi
      kalau jelantah memang tak leh telan

      Padam
  27. bulan pose kali ni xde minat nak pi bazar

    malas nak sesak2

    mujur stay dgn parents, so mmg ibu dah prepare seme

    balik keje boleh mentekedarah haha

    BalasPadam
  28. Macam-macam kes ada kalau kat bazar ramadhan ni. Kita gunakan kuasa kita pengguna, tak suka tak perlu beli. mesti nak kena tanya harga dulu biasnaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nya pasal tak suka tak perlu beli bro
      maksudnya disini awal-awal kita membeli pada peniaga tu
      makanan nampak sedap tapi hakikat tak
      selalunya kalau dah tak sedap memang tak beli dah
      cuma kesian bila ada pelanggan yang terkena bila pertama kali beli pada peniaga yang salah :)

      Padam
  29. mak aooooii...mahalnye donat rm10 sbiji??boleh buat mkan 2 hari tu..agak2 la,orang laen pun manusia jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      bro...
      tu dialog rekaan jer lah
      kalau betul donat sebiji RM10...dah lama jadi muka depan akhbar malaysia

      Padam
  30. betul tu.. penjual kalau nak letak harga mahal tak kesah pun tapi biarlah kena dengan quality dia..jgn ingt nak cepat untung ja sampaikan org yg membeli teraniaya...uhu

    BalasPadam
  31. Belum sempat pegi bazar lagi. Nak pegi malas sebab sesak sangatt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      saya sekarang suka kalau bersesak nih
      rasa meriah jer suasana
      hahaha

      Padam
  32. wahh banyak lauk ni, sedap berbuka puasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama