Rabu, 22 Disember 2021

Juara The Audition 2021 Milik Muhammad Shauqi Danial

Rabu, Disember 22, 2021 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang pencarian bakat baru iaitu pertandingan The Audition 2021 yang menampilkan 27 peserta berbakat besar yang berjuang untuk merebut gelaran juara pada peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Atrium, The Strand Mall, Kota Damansara pada 19 Disember 2021 yang lepas.

SENARAI PEMENANG THE AUDITION 2021

JUARA
Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri

NAIB JOHAN 
Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri

TEMPAT KETIGA
Wann Nashrinie Bin Zafri


Pertandingan The Audition 2021 peringkat akhir ini diadili oleh 4 juri ternama dan terkenal di dalam bidang masing-masing iaitu Cikgu Sarah Ismail, Amira Othman, Michael Ang dan Datuk KK Chua. 


Untuk makluman semua, The Auditon 2021 adalah sebuah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG). Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak komedi. 


Lebih menarik perhatian Hans ialah uji bakat The Audition ini adalah 100 peratus berdasarkan keputusan daripada pihak juri dimana para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, peserta perlu memuat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta tanda pagar wajib. Fasa kedua, mereka akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan yang diadakan secara langsung bermula di Kuala Lumpur sebelum diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang. 

Komen Daripada Penerbit Dan Pengarah - Michael Ang

Saya terkejut apabila ada peserta daripada awal ujibakat sehingga ke final menunjukkan peningkatan ketara. Ini kerana mereka mendengar pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi pada ujibakat. Ramai yang menyanyikan lagu Anuar Zain tetapi mereka mengalunkannya mengikut lenggok mereka sendiri. Persembahan nyanyian dan lakonan mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan mereka banyak ‘improvement’ sehingga mereka layak terpilih untuk peringkat akhir The Audition 2021 dan tidak mustahil jika mereka terus berusaha dan bekerja keras, mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang. Industri memang perlukan ramai bakat baru dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka yang tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat. Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta berbakat, memang susah. Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak. Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud pun, mereka tak akan mengajar. Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja. Pada pertandingan ini, sebenarnya ramai yang layak menang tetapi tempat untuk yang terbaik ada tiga saja. Jadi selepas berbincang dengan Datuk KK Chua, kemungkinan kami akan menyerapkan mereka yang berbakat ini untuk berada di bawah pengurusan AEG.

Komen Daripada Ketua Pegawai Eksekutif AEG - Datuk KK Chua

AEG dengan bantuan Michael Ang berjaya mencungkil ramai bakat baru. Mereka yang berjaya ke final semuanya ada kualiti. Saya lihat bakat muda ini boleh membawa kelainan kepada industri hiburan tempatan. AEG menyediakan platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media. Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun.

Juara The Audition 2021 - Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri

Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini. Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band. Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal.


Menggunakan tagline ‘Good Talent and Great Character’, dalam pencarian ‘bakal bintang’ ini, AEG bukan saja mencari peserta yang berbakat tetapi juga mempunyai karektor yang bagus. AEG akan menjadi platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi anak seni yang berjaya asalkan mereka sanggup berusaha. Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik. 


Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak bernilai RM50,000 termasuk latihan dan pembangunan. Selain itu, penyanyi akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.

Ahad, 12 Disember 2021

Aplikasi Sujood : Menderma Kepada Masjid Kini Jadi Lebih Mudah

Ahad, Disember 12, 2021 12

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat teruja nak berkongsi dengan para pembaca blog ini tentang satu aplikasi terbaru yang sangat memudahkan kita terutama masyarakat beragama Islam untuk memberikan sumbangan kepada masjid-masjid di seluruh Malaysia iaitu melalui SUJOOD. 



Untuk makluman semua, Sujood merupakan satu aplikasi yang dibangunkan sebagai sebuah Tabung Digital Masjid Malaysia bagi melengkapi tabung-tabung di masjid dan surau di dalam bentuk fizikal. Aplikasi ini bukannya dicipta untuk menggantikan tabung masjjid yang sedia ada tetapi bagi membantu kita untuk lebih mudah menderma secara dalam talian. Maklum sahaja lah zaman sekarang ini lebih ramai yang memilih untuk membayar secara debit atau di dalam talian dimana ramai di kalangan kita memanggilnya dengan sebutan cashlessSecara tidak langsung dengan kewujudan aplikasi Sujood ini membantu mengurangkan kadar kecurian tabung masjid dan membantu mereka yang berada di perantauan sama ada mereka yang sedang bekerja mahu pun belajar untuk menderma kepada masjid pilihan masing-masing.



Terdapat 6 kelebihan utama apabila anda memuat naik aplikasi Sujood ini di dalam telefon pintar atau gadget anda iaitu:


1) Derma boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

2) Derma boleh dilakukan secara berterusan.

3) Derma boleh dilakukan melalui Kad Kredit dan Transaksi Bank secara atas talian.

4) Anda boleh menjejak rekod sumbangan derma anda yang dahulu.

5) Pengisian maklumat penderma secara automatik.

6) Derma anda boleh dilakukan secara rahsia.



Menariknya tentang aplikasi Sujood ini ialah ianya menyediakan fungsi tetapan untuk kita tetapkan sendiri hari apakah yang kita ingin berikan sumbangan derma serta berapa jumlah yang ingin diberikan. Selain itu, pengguna juga boleh melihat dan menyemak tarikh menderma mengikut tetapan yang dipilih sendiri bagi memastikan amalan bersedekah yang kita amalkan ini sentiasa dilakukan tanpa tertinggal. Fungsi ini diwujudkan berdasarkan sebuah hadis nabi daripada Aisyah RA yang berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit." (Hadis Riwayat Sahih Bukhari, no. 6465).



Lebih mengagumkan kerana aplikasi Sujood ini sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa dimana kemas kini terbaru baru-baru ini membolehkan pengguna aplikasi ini untuk melihat dan menyemak senarai masjid atau surau mengikut kategori negeri yang telah diselaraskan. Memang sangat memudahkan pengguna aplikasi Sujood ini. 



Selain itu, aplikasi Sujood turut menyediakan beberapa tazkirah daripada agamawan dan para pendidik bagi membantu para pengguna untuk lebih memahami erti serta kebaikan menderma di dalam agama Islam ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma, anda boleh memuat turun aplikasi Sujood ini di Apple App Store atau Google Play Store sekarang. Untuk pihak kariah masjid atau surau yang berminat untuk menyenaraikan masjid dan surau anda di dalam aplikasi Sujood, anda boleh hantarkan email hasrat masjid anda beserta gambar surat pendaftaran masjid dengan pihak majlis agama negeri kepada salam@sujood.net untuk memudahkan pihak Sujood. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman sesawang dan sosial media rasmi Sujood yang Hans kongsikan dibawah ini:



Laman Sesawang: 

#sujood #sujoodapp


Rabu, 8 Disember 2021

5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di KLCC

Rabu, Disember 08, 2021 8

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Apabila menyebut tentang Kuala Lumpur, Hans pasti kebanyakkan daripada kita memang tidak asing lagi dengan sebuah mercu tanda yang cukup ikonik bukan sahaja buat rakyat Malaysia tetapi juga kepada pelancong di seluruh dunia yang berkunjung ke Malaysia. Mercu tanda tersebut ialah Kuala Lumpur City Centre atau lebih dikenali sebagai KLCC. Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sekiranya berada di KLCC. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di KLCC.


1. MENARA BERKEMBAR PETRONAS

Pernah dikenali sebagai menara tertinggi di dunia dan masih memegang rekod sebagai menara berkembar paling tinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas atau KL Petronas Twin Tower sememangnya merupakan lokasi yang wajib anda lawati apabila berada di KLCC. Menara berkembar yang telah siap dibina pada tahun 1996 dengan keluasan sekitar 17 hektar ini menawarkan anda peluang untuk bersiar-siar di bawah bangunan menara berkembar ini yang mempunyai lorong bersiar-siar dan berjogging, kolam air pancut dan juga taman permainan kanak-kanak. Anda juga turut boleh bergambar kenangan serta merakam video pada hampir keseluruhan kawasan kerana segalanya menarik dan kelihatan cantik dipandang.


2. AQUARIA KLCC

Lokasi seterusnya ini merupakan antara kawasan kegemaran Hans apabila berkunjung ke KLCC iaitu Aquaria KLCC. Sebagai seorang peminat hidupan laut, anda wajib melawat Aquaria KLCC yang mempamerkan lebih daripada 5000 jenis spesis haiwan akuatik dan hidupan laut yang menarik dan menakjubkan. Lebih seronok jika datang ke sini bersama keluarga atau anak kecil kerana kita pasti akan gembira melihat hidupan laut yang bergerak di sekeliling kita seperti ikan jerung, ikan pari gergasi, penyu, kuda laut, sotong kurita dan pelbagai lagi hidupan laut yang cukup menakjubkan terutamanya sewaktu melalui satu kawasan terowong bawah air sepanjang 90 meter yang terdapat di dalam kawasan ini. Bukan setakat melihat ikan sahaja, kalau ada di kalangan pembaca yang tengah bercinta itu dan tiba-tiba terfikir nak buat kejutan melamar pasangan, anda juga boleh melakukannya di Aquaria KLCC kerana terdapat pakej yang disediakan untuk aktiviti kejutan ini. Menarik kan?

3. PETROSAINS

Selain itu, KLCC juga turut menawarkan satu tempat menarik buat anda yang sukakan perkara berkaitan sains iaitu Petrosains. Walaupun Petrosains amat dikenali di kalangan pelajar sekolah kerana lawatan sambil belajar sering diadakan disini tetapi sebenarnya ia juga menjadi lokasi menarik yang boleh anda kunjungi kerana terdapat pelbagai penemuan sains yang bakal membuatkan anda leka sewaktu berada di dalamnya serta boleh mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di dalam untuk pembelajaran seperti dinosour, kereta lumba formula 1, simulator helikopter dan banyak lagi.


4. SURIA KLCC MALL


KLCC juga merupakan salah satu lokasi membeli-belah yang terkenal di Kuala Lumpur dimana anda boleh membeli pelbagai jenis barang berjenama luar negara dan antarabangsa di Suria KLCC Mall. Sebut sahaja barang berjenama apa yang anda cari sama ada pakaian, barang sukan, beg tangan, jam, kasut dan sebagainya maka pasti anda akan berpuas hati apabila dapat menemuinya disini dan berbelanja sebagai hadiah untuk diri anda. Sesekali hadiahkan diri anda dengan barang yang mahal apa salahnya kan?


5. KLCC LAKE SYMPHONY (ESPLANADE)


Kawasan KLCC bukan sahaja kelihatan menarik dan gah pada waktu siang sahaja tetapi cukup indah pada waktu malam. Anda boleh melawat kawasan KLCC Lake Symphony yang terletak berhadapan dengan Suria KLCC Mall pada waktu malam untuk bergambar dan merakan video suasana keindahan suasana cahaya lampu serta air pancut yang cukup menarik bermula pada pukul 7 malam sehingga 10 malam. Hans pasti anda akan terpesona melihat limpahan cahaya lampu yang menghiasi dan menerangi kawasan ini sepanjang malam. Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di KLCC dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Melawat KLCC!



Selasa, 7 Disember 2021

Nikmati Lebih 100 Hidangan Sempena Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner Di Pulse Grand Hotel

Selasa, Disember 07, 2021 4

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang Hans baru jumpa dan cuba di Putrajaya iaitu Palm Hill Cafe yang terletak di dalam Pulse Grand Hotel. Sempena hujung tahun 2021 ini, pihak mereka telah memulakan promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner yang menawarkan lebih 100 hidangan yang disediakan oleh pasukan chef yang berpengalaman.


WEEKEND BBQ & STEAMBOAT BUFFET DINNER
PULSE GRAND HOTEL 

Alamat:
Taman Putra Perdana,
Jalan Putra Perdana,
Presint 1,
62000 Putrajaya,
Malaysia.

Tarikh:
3 Disember 2021 - 31 Januari 2022

Harga Promosi:
RM110 / 1 Pax

Laman Web:

Facebook:

Instagram:


Untuk makluman semua, promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner ini telah pun bermula sejak 3 Disember 2021 yang lepas dan akan berlangsung sehingga akhir Januari 2022. Para pelanggan boleh menikmati promosi ini pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam dengan cuma membayar sebanyak RM110 sahaja untuk seorang (harga sebenar ialah RM138). Harga untuk kanak-kanak pula adalah 50 peratus daripada harga asal untuk seorang. 


EKOR MASAK LEMAK
PASTA THAI STYLE

Hans sebenarnya tertarik dengan banyak hidangan disini yang dihasil oleh chef-chef hebat dimana mereka memilih untuk menjadikan menu-menu tersebut sebagai masakan fusion yang sememangnya kena dengan citarasa tempatan. Antara menu yang wajib anda cuba disini ialah hidangan Ekor Masak Gulai Lemak dan Pasta Thai Style.



Selain itu juga, Hans memang rambang mata melihat hidangan BBQ disini dimana perapan yang digunakan merupakan bahan kegemaran masyarakat Asia seperti yogurt, rempah dan sebagainya yang memang kena dengan selera. Belum lagi melihat kepada menu-menu Steamboat yang pelbagai dan disediakan dengan pilihan sos yang menarik iaitu kuah kari, sup dan tomyam. Hans memang suka betul rasa sup yang disediakan disini. Sedap!


KAMBING BAKAR

Selain itu, disini juga menawarkan hidangan kambing bakar dan juga bebola daging yang begitu sedap tambah-tambah apabila dinikmati bersama dengan tiga jenis sos yang lazat iaitu sos BBQ, lada hitam dan kuah keju yang likat. Memang puas hati sangat!


NASI GORENG KAMPUNG
AYAM REMPAH
PAJERI TERUNG
TEMPE
ROTI
SATAY
PENCUCI MULUT

Jadi, buat anda yang sememangnya gemar dengan hidangan-hidangan yang Hans kongsikan ini maka cepat-cepatlah membuat tempahan dan nikmati lebih 100 hidangan sempena promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner. Hans yakin anda pasti senyum lebar saat menjamu selera disini bersama keluarga atau pun si dia yang tersayang. 


Ahad, 5 Disember 2021

5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Johor Bahru

Ahad, Disember 05, 2021 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Salah satu negeri di Malaysia yang turut menjadi pilihan buat anda yang ingin bercuti atau merasai pengalaman baru ialah Johor. Apabila sebut sahaja tentang negeri Johor semestinya negeri ini mempunyai banyak tempat tarikan pelancong. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Johor Bahru.


1. JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO)


Kalau namanya kaki shopping, memang tidak sah kalau anda tidak datang ke Johor Premium Outlets atau lebih dikenali dengan panggilan JPO di kalangan rakyat Malaysia. Memang disini lah tempatnya yang sesuai buat anda yang ingin mencari dan membeli beg tangan, kaca mata, baju, seluar, kasut serta barang-barang berjenama yang asli dengan harga yang sangat murah berbanding tempat lain. Bayangkan ada barang-barang berjenama ini dijual dengan tawaran diskaun bermula daripada 25 peratus sehingga 75 peratus. Memang sangat berbaloi! Apa yang pasti anda kena bijak berbelanja dan jangan rambang mata kerana terdapat lebih 120 kedai di JPO ini. Memang meriah sangat!


2. LEGOLAND MALAYSIA


Kalau dah sampai dekat Johor Bahru memang tidak sah kalau anda tidak menjejakkan kaki di taman teman Legoland pertama di Asia iaitu Legoland Malaysia yang dibuka secara rasmi pada tahun 2012. Apa yang menariknya tentang Legoland Malaysia ini kerana konsep yang ditawarkan mereka kepada para pelancong iaitu dengan menggabungkan taman tema, taman tema air, Sea Life serta hotel di dalam satu lokasi yang berlatarkan pemandangan lego yang cukup mengasyikkan. Walaupun ianya berkonsepkan lego tetapi setiap aktiviti sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya akan memberikan kenangan yang cukup indah buat anda terutama buat mereka yang mempunyai imaginasi yang cukup tinggi.


3. DESARU COAST ADVENTURELAND


Hans pernah menjejakkan kaki di Desaru Coast Adventureland yang terletak di kawasan Desaru ini. Apa yang Hans bolehkan Taman Tema Air ini sememangnya cukup menakjubkan dan begitu cantik. Salah satu keistimewaan yang ada di sini ialah terdapatnya permainan Roller Coaster yang akan merentas kawasan air pada penghujungnya yang memang betul-betul menyeronokkan. Selain itu, taman tema air ini juga mempunyai kolam air antara yang terbesar di Malaysia dan berada di kawasan ini seolah-olah seperti anda betul-betul berada di tepi pantai. Terdapat banyak lagi permainan menarik yang disediakan tetapi apa yang pasti apabila anda datang ke sini untuk bercuti bersama keluarga mahu pun rakan-rakan pastinya akan berakhir dengan kenangan manis yang pastinya tidak dapat anda lupakan sampai bila-bila. 


4. DANGA BAY


Tempat menarik seterusnya di Johor Bahru yang wajib anda lawati ialah Danga Bay. Ini juga merupakan salah satu destinasi wajib singgah kerana tidak lengkap percutian anda di Johor Bahru jika tidak datang ke tempat ini. Danga Bay menawarkan sebuah pemandangan yang sangat mengasyikkan dan begitu cantik buat tatapan anda. Lokasi ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan yang dijual oleh pelbagai restoran yang anda boleh cuba sambil menikmati keindahan pantai sewaktu bersiar atau menyertai aktiviti atau permainan taman tema yang terdapat di sekitar kawasan ini.


5. AUSTIN HEIGHTS ADVENTURE PARK


Satu lagi taman tema yang mungkin masih ramai tak tahu tetapi sangat berbaloi untuk anda lawati apabila ke Johor Bahru ialah Austin Heights Adventure Park. Dikenali sebagai taman edutainment terbesar di Malaysia, lokasi ini menawarkan anda Taman Air yang mempunyai slide gelongsor yang cukup tinggi dan pastinya akan membuat anda berasa betul-betul puas saat meluncur dari atas menuju kebawah. Kepada anda yang lebih suka kepada aktiviti fizikal yang mencabar, anda boleh mencuba aktiviti yang disediakan di Taman Adventure Land dimana ianya menyediakan halangan bertali setinggi tiga tingkat khas buat penggemar aktiviti lasak. Lebih menarik disini juga turut menyediakan aktiviti Ice Skating dan Trampolin. Memang sangat berbaloi! Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di Johor Bahru dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Melancong Ke Johor Bahru!


Rabu, 1 Disember 2021

5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Melaka

Rabu, Disember 01, 2021 6

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Salah satu negeri di Malaysia yang sangat terkenal di kalangan pelancong tempatan mahu pun asing ialah Melaka. Apabila sebut sahaja tentang negeri Melaka semestinya kita akan mengingati tentang kisah sejarah kesultanan Melaka serta keagungan empayar tersebut pada suatu ketika dahulu. Kini negeri Melaka juga semakin berkembang pesat dengan tarikan pelancongannya yang memang cukup istimewa. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Melaka.


1. JONKER STREET

Kredit Gambar: Disini

Tidak lengkap percutian anda di Melaka jika tidak melawat satu destinasi yang cukup terkenal di kalangan penduduk Melaka sendiri serta pelancong iaitu Jonker Street. Berkunjung ke sini pastinya akan memberikan anda satu suasana baru memandangkan majoriti peniaga disini adalah berbangsa Cina atau berketurunan baba nyonya. Masih menawarkan makanan halal walaupun terhad namun apa yang membuatkan Hans cukup gemar datang ke sini terutama pada waktu malam adalah kerana dapat mencuci mata serta membeli-belah barang-barang yang ikonik atau menarik seperti cenderahati, aksesori, pakaian dan pelbagai lagi di Pasar Malam Jonker Street. Anda akan lebih beruntung jika kedatangan anda ke Jonker dipenuhi dengan pertunjukan-pertunjukan yang menarik seperti menyaksikan acara karaoke, silap mata atau aksi manusia dan monyet seperti yang pernah Hans saksikan sebelum ini. Selain itu, kawasan Jonker juga boleh Hans ibaratkan sebagai syurga buat mereka yang meminati fotografi dimana disini merupakan lokasi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang cantik atau merakam vlog pengalaman anda disini yang pastinya sangat memuaskan hati.


2. THE SHORE SKY TOWER


Merupakan salah satu mercu tanda baru Melaka iaitu The Shore Sky Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Bandar Melaka buat masa ini. Jika anda sukakan pengalaman berada di tempat yang tinggi untuk mencari dan menikmati pemandangan terbaik keseluruhan Bandar Melaka maka pastikan anda berada di tingkat 42 bangunan ini. Menariknya kerana lantai di tingkat 42 bangunan ini merupakan lantai kaca lutsinar yang membuatkan anda seolah-olah berjalan-jalan tanpa memijak apa-apa. Selain itu, terdapat juga satu akuarium di tingkat 42 ini yang dipenuhi dengan ikan koi yang cukup cantik. Memang satu lokasi yang cukup menarik untuk anda mengabadikan kenangan percutian anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.


3. ENCORE MELAKA


Salah satu lokasi menarik yang anda tidak boleh lepaskan jika berkunjung ke Melaka ialah dengan menyaksikan persembahan yang padat dengan info berkaitan sejarah Melaka di Encore Melaka ini. Hans memang cukup kagum dengan senibina serta lanskap bangunan Encore Melaka ini yang cukup cantik sama ada di luar mahu pun di dalam. Untuk makluman semua, salah satu keistimewaan Encore Melaka yang ramai tidak sedar ialah tempat duduk penonton sebenarnya berputar 360 darjah sewaktu anda menyaksikan persembahan yang menampilkan 6 abad berbeza yang berdurasi sekitar 70 minit serta dipersembahkan lebih 200 orang penghibur ini. Memang cukup mengasyikkan dan pasti membuatkan anda kagum menyaksikan persembahan lakonan, nyanyian dan tarian para penghibur yang cukup profesional.


4. MELAKA RIVER CRUISE


Hans pernah belajar di Melaka sekitar tahun 2007 dan pada masa itu kawasan sungai di Melaka River Cruise tidak seindah sekarang. Apabila Hans berkunjung semula ke kawasan ini memang tidak dapat dinafikan segala-galanya kelihatan serba baru dan cukup indah. Tiada lagi bau air yang busuk sebaliknya air sungai di sini sudah bersih dan kelihatan ikan-ikan pun mulai wujud kembali di sini. Menariknya apabila menaiki bot Melaka River Cruise ini ialah anda boleh melihat pelbagai tempat-tempat pelancongan menarik yang berada di sekitarnya seperti Dutch Fort, Muzium Samudera dan pelbagai lagi. Jangan risau kerana terdapat audio yang dimainkan di dalam bot dimana anda akan menerima informasi setiap kali melalui sesuatu tempat menarik di sepanjang Sungai Melaka tersebut. Selain itu, terdapat pelbagai jenis mural-mural menarik yang dilukis pada dinding bangunan di sekitar laluan bot Melaka River Cruise yang membuatkan anda cukup teruja untuk merakam video mahu pun bergambar kenangan. Lebih menarik kerana selepas selesai menikmati perjalanan bot yang hebat ini, anda boleh juga mencuba pelbagai makanan menarik dan sedap seperti cendol yang terdapat di restoran dan kedai makan yang berada berdekatan dengan kawasan ini. 


5. MENARA TAMING SARI MELAKA


Kalau anda datang bercuti di Melaka memang tidak sah jika anda tidak melawat dan menaiki sebuah menara boleh berpusing 360 darjah secara berterusan di sini. Mana lagi kalau bukan Menara Taming Sari Melaka yang terletak di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Bandar Hilir Melaka. Lokasi pelancongan ini memang sangat mudah dicari dan anda boleh naik ke atas menara setinggi 80 meter ini sambil menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Melaka serta tempat-tempat menarik yang berada di sekitarnya seperti muzium-muzium menarik, Dataran Pahlawan, Masjid dan pelbagai lagi pada waktu siang. Jika pada waktu malam pula, semestinya anda boleh menikmati keindahan limpahan cahaya yang menghiasi keseluruhan Bandar Melaka yang Hans boleh katakan sebagai sangat indah. Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di Melaka dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Melawat Melaka!


Rabu, 24 November 2021

5 Sebab Anda Wajib Beli 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen Daripada Dapur Kak Aisya

Rabu, November 24, 2021 10

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang tidak sabar ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan produk-produk Pes Masakan Aida's Kitchen daripada Dapur Kak Aisya yang berjaya membuatkan Hans berasa cukup berpuas hati dengan kelazatan makanan yang terhasil setelah menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen ini. Untuk makluman semua, terdapat lebih daripada 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen yang boleh anda dapatkan dan cuba di dapur rumah anda. Banyak kan?



Hans berpeluang untuk menggunakan Pes Masak Merah serta Pes Kari Ayam Dan Daging Mamak di dalam masakan sewaktu menyediakan hidangan tengahari Hans pada bulan Nobember ini. Hans pada mulanya agak skeptikal juga kerana risau takut hidangan Hans menjadi terlampau manis atau masin berdasarkan pengalaman menggunakan pes-pes yang dibeli di pasaraya sebelum ini. Tetapi, Alhamdulillah Hans memang terkejut kerana Pes Masakan Aida's Kitchen ini berjaya membuatkan rasa makanan yang Hans masak seimbang. Tidak perlu tambah garam atau gula lagi. Setiap rasanya adalah seimbang bergantung kepada pes masakan yang digunakan.


Hans Guna Pes Kari Ayam & Daging Mamak

Fuhhhh!! Memang Padu Pergi Dia Wehhhh!!

Hans Gunakan Pes Masak Merah! Meriah Peha Ayam Dalam Kuali Kan? Hehehe!

Serius Sedap Gila Bak Hanggg!!! Layan Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Tau!

Secara jujurnya, Hans akui rasa hidangan menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen sangat menarik. Hans gunakan Pes Masak Merah untuk menyediakan menu Ayam Masak Merah dan hasilnya memang mengagumkan. Rasa seperti makan makanan yang disediakan oleh kaum ibu di rumah. Selain itu, Hans menggunakan juga Pes Kari Ayam Dan Daging untuk menyediakan hidangan kari daging kesukaan Hans. Fuhhh!! Memang terangkat beb! Hans cuma tambah ubi kentang sahaja dan hasilnya memang menambah nasi lah selalu. Hahaha! 



Jadi, dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Pes Masakan Aida's Kitchen ini iaitu:

1) Sangat memudahkan urusan anda di dapur. Tidak perlu bersusah payah nak sediakan bahan-bahan kisar. Tidak perlu berpenat lelah nak tumbuk bahan-bahan masakan dalam lesung bantu. Tidak perlu melakukan kerja renyah nak cuci blender! Semuanya dah siap sedia di dalam setiap pek pes ini. Anda cuma perlu buka dan masak sahaja. Mudah kan?

2) Paling menarik ialah masakan anda boleh siap secepat 15 minit. Maklumlah sebab dah langkau banyak langkah-langkah awal proses pra memasak atau dengan perkataan yang lebih tepat ialah penyediaan bahan-bahan masakan. Tambah-tambah kadang-kadang anak nak makan hidangan lain. Si suami nak makan benda lain. Si isteri pun ada makanan lain yang dia teringin nak makan. Jadi, dengan 15 minit memang macam-macam masakan boleh dimasak. Memang tak penat lah lepas nih bila berada di dapur sebab tidak perlu berdiri lama-lama. Hehehe!

3) Setiap pek pes ini menawarkan saiz hidangan antara 5 hingga 8 orang. Jadi, memang sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Buat keluarga yang kecil mahu pun bujang juga ada kelebihan. Boleh masak untuk makan tengahari dan malam sekaligus. Untuk mereka yang bujang pula kalau bijak boleh simpan dalam bekas kecil dan buat stok makanan untuk hari esok dan lusa di dalam peti sejuk beku. Jimat belanja!  

4) Harganya pun bagi Hans sangat berpatutan. Bayangkan kalau nak beli bahan masakan seperti bawang, cili dan sebagainya pun mengambil kos yang agak banyak juga. Jadi, untuk satu pek pes yang boleh digunakan untuk menyediakan masakan untuk kuantiti yang besar adalah sangat berbaloi bagi Hans.

5) Paling penting rasa makanan memang lazat apabila menggunakan pes ini. Rasa manis, masin mahu pun masam adalah seimbang. Kadang kala ada pes yang kita beli diluar terlampau manis atau masam tetapi tidak untuk Pes Masakan Aida's Kitchen. Hans dah guna kedua-dua pes dan alhamdulillah kedua-dua hidangan yang dimasak menepati citarasa Hans. Alhamdulillah!


Hans juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Kak Aisya dan pasukannya kerana usaha mereka untuk membawa Pes Masakan Aida's Kitchen pasaran luar negara seperti Dubai dan United Kingdom wajar disokong. Memang bukan calang-calang usaha mereka ini dan Hans yakin jika mereka menembusi pasaran disana pasti nama pes masakan ini akan disebut-sebut dan menjadi pilihan warga Malaysia mahu pun warga tempatan yang berada di sana. 


Jadi, Hans memang tak rasa risau langsung untuk war-warkan kehebatan Pes Masakan Aida's Kitchen yang terbukti telah berjaya menjadikan makanan yang dimasak bertambah lazat dan memberi pengalaman makan yang menakjubkan. Buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka bagi urusan pembelian:

   

❤️PRODUK:
Pes Masakan Aida's Kitchen

🛣️ALAMAT:
Keramat, Kuala Lumpur.

HARGA 1 PEK:
RM18.00

PROMOSI NOVEMBER 2021:
RM15.00 Untuk 1 Pek

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞Pembelian Di Shopee:

Instagram:

Facebook:

#AidaKitchenKL #AidaKitchengCookingPaste #DapurKakAisya #PesMasakanSegera