5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Johor Bahru

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Salah satu negeri di Malaysia yang turut menjadi pilihan buat anda yang ingin bercuti atau merasai pengalaman baru ialah Johor. Apabila sebut sahaja tentang negeri Johor semestinya negeri ini mempunyai banyak tempat tarikan pelancong. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Johor Bahru.


1. JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO)


Kalau namanya kaki shopping, memang tidak sah kalau anda tidak datang ke Johor Premium Outlets atau lebih dikenali dengan panggilan JPO di kalangan rakyat Malaysia. Memang disini lah tempatnya yang sesuai buat anda yang ingin mencari dan membeli beg tangan, kaca mata, baju, seluar, kasut serta barang-barang berjenama yang asli dengan harga yang sangat murah berbanding tempat lain. Bayangkan ada barang-barang berjenama ini dijual dengan tawaran diskaun bermula daripada 25 peratus sehingga 75 peratus. Memang sangat berbaloi! Apa yang pasti anda kena bijak berbelanja dan jangan rambang mata kerana terdapat lebih 120 kedai di JPO ini. Memang meriah sangat!


2. LEGOLAND MALAYSIA


Kalau dah sampai dekat Johor Bahru memang tidak sah kalau anda tidak menjejakkan kaki di taman teman Legoland pertama di Asia iaitu Legoland Malaysia yang dibuka secara rasmi pada tahun 2012. Apa yang menariknya tentang Legoland Malaysia ini kerana konsep yang ditawarkan mereka kepada para pelancong iaitu dengan menggabungkan taman tema, taman tema air, Sea Life serta hotel di dalam satu lokasi yang berlatarkan pemandangan lego yang cukup mengasyikkan. Walaupun ianya berkonsepkan lego tetapi setiap aktiviti sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya akan memberikan kenangan yang cukup indah buat anda terutama buat mereka yang mempunyai imaginasi yang cukup tinggi.


3. DESARU COAST ADVENTURELAND


Hans pernah menjejakkan kaki di Desaru Coast Adventureland yang terletak di kawasan Desaru ini. Apa yang Hans bolehkan Taman Tema Air ini sememangnya cukup menakjubkan dan begitu cantik. Salah satu keistimewaan yang ada di sini ialah terdapatnya permainan Roller Coaster yang akan merentas kawasan air pada penghujungnya yang memang betul-betul menyeronokkan. Selain itu, taman tema air ini juga mempunyai kolam air antara yang terbesar di Malaysia dan berada di kawasan ini seolah-olah seperti anda betul-betul berada di tepi pantai. Terdapat banyak lagi permainan menarik yang disediakan tetapi apa yang pasti apabila anda datang ke sini untuk bercuti bersama keluarga mahu pun rakan-rakan pastinya akan berakhir dengan kenangan manis yang pastinya tidak dapat anda lupakan sampai bila-bila. 


4. DANGA BAY


Tempat menarik seterusnya di Johor Bahru yang wajib anda lawati ialah Danga Bay. Ini juga merupakan salah satu destinasi wajib singgah kerana tidak lengkap percutian anda di Johor Bahru jika tidak datang ke tempat ini. Danga Bay menawarkan sebuah pemandangan yang sangat mengasyikkan dan begitu cantik buat tatapan anda. Lokasi ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan yang dijual oleh pelbagai restoran yang anda boleh cuba sambil menikmati keindahan pantai sewaktu bersiar atau menyertai aktiviti atau permainan taman tema yang terdapat di sekitar kawasan ini.


5. AUSTIN HEIGHTS ADVENTURE PARK


Satu lagi taman tema yang mungkin masih ramai tak tahu tetapi sangat berbaloi untuk anda lawati apabila ke Johor Bahru ialah Austin Heights Adventure Park. Dikenali sebagai taman edutainment terbesar di Malaysia, lokasi ini menawarkan anda Taman Air yang mempunyai slide gelongsor yang cukup tinggi dan pastinya akan membuat anda berasa betul-betul puas saat meluncur dari atas menuju kebawah. Kepada anda yang lebih suka kepada aktiviti fizikal yang mencabar, anda boleh mencuba aktiviti yang disediakan di Taman Adventure Land dimana ianya menyediakan halangan bertali setinggi tiga tingkat khas buat penggemar aktiviti lasak. Lebih menarik disini juga turut menyediakan aktiviti Ice Skating dan Trampolin. Memang sangat berbaloi! Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di Johor Bahru dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Melancong Ke Johor Bahru!


2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama