Rabu, 24 November 2021

5 Sebab Anda Wajib Beli 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen Daripada Dapur Kak Aisya

Rabu, November 24, 2021 4

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans memang tidak sabar ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan produk-produk Pes Masakan Aida's Kitchen daripada Dapur Kak Aisya yang berjaya membuatkan Hans berasa cukup berpuas hati dengan kelazatan makanan yang terhasil setelah menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen ini. Untuk makluman semua, terdapat lebih daripada 50 Jenis Pes Masakan Aida's Kitchen yang boleh anda dapatkan dan cuba di dapur rumah anda. Banyak kan?



Hans berpeluang untuk menggunakan Pes Masak Merah serta Pes Kari Ayam Dan Daging Mamak di dalam masakan sewaktu menyediakan hidangan tengahari Hans pada bulan Nobember ini. Hans pada mulanya agak skeptikal juga kerana risau takut hidangan Hans menjadi terlampau manis atau masin berdasarkan pengalaman menggunakan pes-pes yang dibeli di pasaraya sebelum ini. Tetapi, Alhamdulillah Hans memang terkejut kerana Pes Masakan Aida's Kitchen ini berjaya membuatkan rasa makanan yang Hans masak seimbang. Tidak perlu tambah garam atau gula lagi. Setiap rasanya adalah seimbang bergantung kepada pes masakan yang digunakan.


Hans Guna Pes Kari Ayam & Daging Mamak

Fuhhhh!! Memang Padu Pergi Dia Wehhhh!!

Hans Gunakan Pes Masak Merah! Meriah Peha Ayam Dalam Kuali Kan? Hehehe!

Serius Sedap Gila Bak Hanggg!!! Layan Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Tau!

Secara jujurnya, Hans akui rasa hidangan menggunakan Pes Masakan Aida's Kitchen sangat menarik. Hans gunakan Pes Masak Merah untuk menyediakan menu Ayam Masak Merah dan hasilnya memang mengagumkan. Rasa seperti makan makanan yang disediakan oleh kaum ibu di rumah. Selain itu, Hans menggunakan juga Pes Kari Ayam Dan Daging untuk menyediakan hidangan kari daging kesukaan Hans. Fuhhh!! Memang terangkat beb! Hans cuma tambah ubi kentang sahaja dan hasilnya memang menambah nasi lah selalu. Hahaha! 



Jadi, dibawah Hans senaraikan 5 Sebab Anda Wajib Beli Pes Masakan Aida's Kitchen ini iaitu:

1) Sangat memudahkan urusan anda di dapur. Tidak perlu bersusah payah nak sediakan bahan-bahan kisar. Tidak perlu berpenat lelah nak tumbuk bahan-bahan masakan dalam lesung bantu. Tidak perlu melakukan kerja renyah nak cuci blender! Semuanya dah siap sedia di dalam setiap pek pes ini. Anda cuma perlu buka dan masak sahaja. Mudah kan?

2) Paling menarik ialah masakan anda boleh siap secepat 15 minit. Maklumlah sebab dah langkau banyak langkah-langkah awal proses pra memasak atau dengan perkataan yang lebih tepat ialah penyediaan bahan-bahan masakan. Tambah-tambah kadang-kadang anak nak makan hidangan lain. Si suami nak makan benda lain. Si isteri pun ada makanan lain yang dia teringin nak makan. Jadi, dengan 15 minit memang macam-macam masakan boleh dimasak. Memang tak penat lah lepas nih bila berada di dapur sebab tidak perlu berdiri lama-lama. Hehehe!

3) Setiap pek pes ini menawarkan saiz hidangan antara 5 hingga 8 orang. Jadi, memang sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Buat keluarga yang kecil mahu pun bujang juga ada kelebihan. Boleh masak untuk makan tengahari dan malam sekaligus. Untuk mereka yang bujang pula kalau bijak boleh simpan dalam bekas kecil dan buat stok makanan untuk hari esok dan lusa di dalam peti sejuk beku. Jimat belanja!  

4) Harganya pun bagi Hans sangat berpatutan. Bayangkan kalau nak beli bahan masakan seperti bawang, cili dan sebagainya pun mengambil kos yang agak banyak juga. Jadi, untuk satu pek pes yang boleh digunakan untuk menyediakan masakan untuk kuantiti yang besar adalah sangat berbaloi bagi Hans.

5) Paling penting rasa makanan memang lazat apabila menggunakan pes ini. Rasa manis, masin mahu pun masam adalah seimbang. Kadang kala ada pes yang kita beli diluar terlampau manis atau masam tetapi tidak untuk Pes Masakan Aida's Kitchen. Hans dah guna kedua-dua pes dan alhamdulillah kedua-dua hidangan yang dimasak menepati citarasa Hans. Alhamdulillah!


Hans juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Kak Aisya dan pasukannya kerana usaha mereka untuk membawa Pes Masakan Aida's Kitchen pasaran luar negara seperti Dubai dan United Kingdom wajar disokong. Memang bukan calang-calang usaha mereka ini dan Hans yakin jika mereka menembusi pasaran disana pasti nama pes masakan ini akan disebut-sebut dan menjadi pilihan warga Malaysia mahu pun warga tempatan yang berada di sana. 


Jadi, Hans memang tak rasa risau langsung untuk war-warkan kehebatan Pes Masakan Aida's Kitchen yang terbukti telah berjaya menjadikan makanan yang dimasak bertambah lazat dan memberi pengalaman makan yang menakjubkan. Buat anda yang teringin untuk mencuba, Hans kongsikan info laman sosial dibawah untuk memudahkan anda semua menghubungi pihak mereka bagi urusan pembelian:

   

❤️PRODUK:
Pes Masakan Aida's Kitchen

🛣️ALAMAT:
Keramat, Kuala Lumpur.

HARGA 1 PEK:
RM18.00

PROMOSI NOVEMBER 2021:
RM15.00 Untuk 1 Pek

🛵PENGHANTARAN:
Seluruh Malaysia
.
📞Pembelian Di Shopee:

Instagram:

Facebook:

#AidaKitchenKL #AidaKitchengCookingPaste #DapurKakAisya #PesMasakanSegera


Selasa, 16 November 2021

Cegah Segera Penyakit Kanser Dengan Bantuan New Normal Same Cancer

Selasa, November 16, 2021 1
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk kali ini Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua tentang New Normal Same Cancer yang merupakan satu laman sesawang yang sangat bagus buat rakyat Malaysia terutamanya buat mereka yang sangat cakna dengan perihal penyakit kanser untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan seperti:

1) Ujian saringan kanser secara percuma untuk sesetengah jenis kanser.

2) Talian hotline yang beroperasi 24 jam setiap hari yang akan dijawab oleh pakar-pakar untuk membantu menjawab persoalan anda berkaitan masalah kanser.

3) Baucar-baucar diskaun dari 40% hingga 60% yang boleh dimuat turun untuk kegunaan anda.

Majlis Perasmian New Normal Same Cancer

Untuk makluman semua, sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara kita yang tercinta hampir 2 tahun ini telah menyebabkan pengidap kanser mengalami kesukaran untuk pergi ke hospital kerana kebanyakan hospital memberi tumpuan kepada para pesakit Covid-19 yang telah membanjiri keseluruhan hospital di seluruh negeri di Malaysia. Disebabkan masalah ini juga menyebabkan pesakit gagal untuk melakukan pemeriksaan kesihatan atau 'check up' yang menyebabkan sebahagiannya mengalami peningkatan tahap kanser yang tidak sepatutnya berlaku. Selain itu, para pesakit kanser juga sukar mendapatkan rawatan disebabkan masalah Covid-19 serta masalah kewangan yang melanda sebahagian besar mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Perkongsian Menarik Berkaitan Penyakit Kanser

Lebih menyedihkan apabila pihak kesihatan mendapat terdapat masalah terbaru yang cukup menakutkan apabila kebanyakan orang awam yang datang untuk membuat saringan awal tetapi sebenarnya sudah terlewat apabila kebanyakan mereka mengidap penyakit kanser yang sudah melepasi tahap 3 dan tahap 4 dimana ianya sangat sukar dirawat.

Jadi, Hans sangat tertarik dengan usahasama antara pihak AstraZeneca Malaysia yang berganding bahu dengan hospital-hospital swasta di seluruh Malaysia dengan menyediakan satu inisiatif bagi membantu orang awam untuk melakukan saringan awal agar dapat di diagnosis dengan lebih cepat untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala kanser awal agar mudah dirawat dengan segera.

Sesi Soal Jawab Berkaitan Penyakit Kanser

Hans sangat tertarik dengan ucapan Dr Sanjeev Panchal yang merupakan Presiden AstraZeneca Malaysia sebentar tadi yang ingin membuka mata rakyat Malaysia untuk kembali peka terhadap masalah kanser disamping ingin menghilangkan persepsi ketakutan orang awam yang takut untuk berkunjung ke hospital gara-gara virus Covid-19. Menurut beliau, kajian menunjukkan bahawa 1 orang daripada setiap 4 orang di Malaysia mengidap penyakit kanser dan ini bukannya satu perkara yang boleh dibuat remeh. Jadi, perlunya rakyat Malaysia tidak mengira lapisan umur untuk melakukan saringan awal bagi mengelakkan mereka mengidap kanser pada tahap kritikal iaitu tahap 3 dan tahap 4.

Majlis Turut Diserikan Dengan Kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali

Hans juga turut terkejut apabila mendapat tahu info yang pada Hans sangat bagus dimana ianya dikongsikan oleh Dr Anand Sachitanandan yang merupakan Co-founder dan President of Lung Cancer Network Malaysia (LCNM). Menurut beliau, kanser paru-paru merupakan kanser yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia dan peratusan untuk pesakit kembali pulih dan selamat adalah sangat rendah. Jadi, beliau sangat menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan saringan awal agar mereka yang mengidap kanser pada tahap 1 dan tahap 2 dapat dibantu kerana peluang untuk pesakit kanser yang berada di tahap ini untuk sembuh adalah sangat cerah.

Perkongsian Menarik Daripada Cik Selvarani Yang Merupakan Cancer Survivor

Hans juga dengan sukacitanya ini berkongsikan beberapa info menarik disini untuk rujukan para pembaca iaitu:

1) Pesakit yang menghidap kanser tahap 1 dan tahap 2 tidak mempunyai atau menunjukkan sebarang tanda atau gejala kanser. Jadi, keperluan untuk kita semua pergi ke hospital dan membuat saringan awal untuk memastikan kita bebas daripada kanser adalah sangat wajar.

2) Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang merokok juga sangat digalakkan untuk membuat saringan walaupun tidak merokok kerana peratusan mereka yang tidak merokok tetapi menghidap kanser paru-paru adalah setinggi 25 peratus.

3) Kajian menunjukkan 3 daripada 4 orang wanita tidak melakukan ujian mamogram. Selain itu, kajian juga menunjukkan 60 peratus wanita berusia 20 tahun ke atas tidak melakukan saringan untuk mengesan kanser payudara sama ada di klinik, hospital atau pun di rumah. Jadi, kaum wanita sekalian diseru untuk melakukan pemeriksaan sama ada di hospital atau kendiri agar penyakit kanser dapat dielakkan atau dirawat.

4) Kajian juga turut menunjukkan kaum lelaki ramai mengalami masalah kanser prostat dan punca utama kematian akibat kanser ini gagal dikurangkan kerana kaum lelaki malu untuk membuat pemeriksaan atau bercakap dengan doktor berkenaan hal ini. Jadi, kaum lelaki juga diseru agar melakukan saringan bagi mengelakkan penyakit kanser ini menghantui hidup anda.

5) Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat juga kurang diamalkan rakyat Malaysia dimana kajian terbaru menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan serta tidak aktif bersenam. Lebih membimbangkan apabila dikatakan 1 daripada 2 orang di Malaysia mengalami masalah obesiti.

Layari Laman Sesawang New Normal Same Cancer

Jadi, Hans sendiri menyeru agar para pembaca sekalian tidak kira lelaki mahu pun wanita untuk segera membuat pemeriksaan dan saringan awal untuk penyakit kanser ini supaya jika ditakdirkan kita mempunyai masalah kanser maka kita ada peluang untuk merawatnya lebih awal sebelum menjadi barah yang tidak diubati. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang New Normal Same Cancer dibawah: 

Laman Sesawang:

#newnormalsamecancer #cancerstrikesbeforecovidends #earlydetection


Isnin, 20 September 2021

Cabar Diri Anda Bermain Permainan Dalam Talian Percuma Di solitaire.org

Isnin, September 20, 2021 12

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Hans yakin majoriti pembaca  blog ini pasti suka bermain permainan video sama seperti Hans kan? Jadi, untuk kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang satu lagi laman sesawang yang menawarkan permainan yang bukan sahaja mengimbau nostalgia tetapi juga cukup menggembirakan untuk dimainkan di telefon pintar mahu pun gadget anda yang lain iaitu di solitaire.org. 


Laman sesawang ini menawarkan banyak versi permainan Solitaire yang cukup menarik. Sangat mencabar untuk menang tetapi itu yang membuatkan sesiapa yang sukakan cabaran tidak akan berhenti bermain sehingga berjaya bukan? Selain itu juga, terdapat beberapa permainan bersifat menguji minda yang sangat seronok untuk dimainkan. Jadi, Hans sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua beberapa permainan video yang menjadi pilihan Hans dilaman sesawang ini iaitu:


1) SOLITAIRE


Siapa yang tidak kenal dengan permainan Solitaire ini kan? Rasa-rasanya satu dunia pasti tahu dan memang suka bermain permainan ini di waktu lapang. Cuma apa yang menarik dan berbezanya permainan solitaire ini berbanding yang lain ialah cabaran untuk memenanginya. Memang lain macam juga lah tahap kesukaran dia tetapi jangan risau kerana anda mempunyai peluang untuk mengundur kembali gerakan anda dan cuba untuk memenangi cabaran yang diberi.



Hans memang geram juga pada mulanya sebab memang agak sukar untuk menghabiskan cabaran. Akhirnya selepas mencuba beberapa kali maka rasa puas terpancar di wajah kerana berjaya juga memenangi permainan Solitaire ini. Memang serius puas hati. Hahaha!



Nampak tak statistik permainan Hans tu? Memang bila dah mula main susah nak berhenti sampai lah menang kan? Jadi, permainan solitaire ini memang anda wajib cuba main sampai menang. Memang kesukarannya lain dariapda biasa tetapi kalau dah menang memang rasa macam nak mendepa dada tanda bangga. Hahaha!


2) COOKIE MONSTER PACMAN


Permainan seterusnya yang cukup mengimbau nostalgia ialah Cookie Monster yang menggunakan konsep PacMan yang cukup menghiburkan apabila dimainkan. Hans yakin pasti ramai yang sudah mengertikan bagaimana permainan ini? Cookie Monster perlu memakan kesemua biskut sehingga habis sambil mengelak daripada dimakan oleh raksasa yang sedang mencari Cookie Monster dengan rakusnya.



Memang seronok main permainan ini sebab sudah lama tak rasa cemas nak kena kejar masa makan cepat-cepat biskut sambil elak daripada dimakan raksasa. Seperti biasa memang menarik dan menghiburkan. Bila bosan-bosan memang Hans main permainan ini. Hehehe!


3) KLONDIKE SOLITAIRE


Ini merupakan salah satu lagi permainan yang berkonsepkan Solitaire iaitu Klondike Solitaire. Memang sangat menarik untuk dimainkan tambah-tambah kerana grafik dan warnanya yang lawa. Susunan kad pun sangat kemas dan memang membantu sesiapa yang bermain permainan ini.



Walaupun nampak macam mudah tetapi sebenarnya agak mencabar juga. Lebih kurang macam permainan Solitaire pertama yang Hans kongsikan awal-awal tadi. Memang kalau tersilap langkah alamatnya tak bergerak lah sebab tak ada yang boleh dipadankan. Hahaha! Apa-apapun wajib main permainan ini. Memang layan!


4) SOKOBAN PUZZLE


Permainan seterusnya ini berkonsepkan strategi dan minda iaitu Sokoban Puzzle. Hans memang suka sangat main permainan Sokoban ini. Tugasan yang perlu dibuat ialah kita perlu mengalihkan kotak-kotak kayu masuk ke dalam petak X. Jadi, memang perlu gunakan strategi yang betul untuk pastikan semua kotak-kotak berjaya dialihkan ke petak X tu. 



Hans pun masa mula-mula main ingatkan kacang jer nih. Sekali bila dua kotak dah berjaya diletakkan dalam petak X tu, nak masukkan kotak terakhir dah tak boleh. Memang geram kadang-kadang memikir strategi yang betul. Tetapi, bila dah jumpa caranya memang rasa puas hati sangat. Hahaha!



Alhamdulillah! Akhirnya Hans berjaya melepasi banyak peringkat-peringkat yang ada dalam permainan Sokoban Puzzle ini. Serius permainan ini sangat menarik buat anda yang suka menyelesaikan cabaran yang berstrategi macam ini. Hans memang syorkan anda main permainan yang terbaik ini.


Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang anda boleh pilih untuk dimainkan di laman sesawang ini mengikut kesukaan dan keselesaan anda sendiri seperti Mahjong, Tennis dan pelbagai lagi. Lebih menarik kerana anda boleh bermain tanpa sebarang gangguan iklan! Jadi, selamat bermain permainan video disini dan sila kongsikan dengan rakan-rakan yang sentiasa sunyi, bosan peminat permainan video untuk mencuba segala jenis permainan menarik di sini. Setiap permainan baru yang dimasukkan di dalam laman sesawang ini boleh dilihat di Solitaire.org ini. Semoga terhibur dan gembira seperti Hans!



Jumaat, 17 September 2021

Coolblog Memperkenal Minuman Smoothie Perisa Tempatan, Durian, Pandan dan Cendol Sempena Kempen Hero Malaysiaku!

Jumaat, September 17, 2021 4
Sempena bulan September yang merupakan sambutan Hari Malaysia, Coolblog dengan bangganya mempersembahkan Hero Malaysiaku yang menampilkan rasa tempatan Malaysia sebagai penghormatan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan dan usaha mereka dalam memerangi wabak COVID-19. Kerja keras dan pengorbanan mereka agar memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia amat dihargai dan akan selamanya terpahat di hati setiap rakyat Malaysia.


Kempen oleh Coolblog ini juga merupakan kempen yang meraikan kita rakyat Malaysia, kerana setiap dari kita memainkan peranan penting dalam waktu sukar ini. Kepayahan dan cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini telah menyatukan kita dan menjadikan kita bersemangat untuk kekal teguh menghadapi segala rintangan. Walaupun kita masih jauh dari garisan penamat, tetapi pengorbanan yang telah kita lakukan menjadikan kita adiwira, dan itu semestinya diraikan.

Untuk melengkapkan sentuhan manis pada kempen ini, Coolblog memberi penghormatan kepada raja segala buah iaitu durian dan juga pandan yang merupakan antara bahan makanan utama bagi kebanyakan makanan Malaysia. Durian, yang menjadi kebanggaan Malaysia adalah salah satu rasa yang menyatukan kita, dan aroma pandan pula mampu mengimbau kembali kenangan manis yang nostalgik kepada seluruh rakyat Malaysia. Rasa terbaik yang menyatukan rakyat Malaysia kini terdapat dalam cawan smoothie yang dijamin menepati citarasa anda.

Cool Lovers jangan lepaskan peluang anda untuk rasai minuman citarasa tempatan yang luar biasa ini di setiap gerai Coolblog bermula pada Hari Malaysia, 16 September hingga 31 Oktober 2021*.

Tiga perisa smoothies yang ‘sangat sedap’ iaitu durian, pandan dan tidak lupa cendol yang diperkenalkan adalah:

1. Durian Delight Smoothie

Dihasilkan dari raja segala buah-buahan tempatan iaitu durian, smoothie edisi terhad ini disertakan dengan rasa durian yang sedap di setiap hirupan. Secara ringkasnya, smoothie ini adalah jawapan utama bagi setiap penggemar durian

2. Durian Delight Cendol


Minuman kegemaran tempatan terutamanya pada musim durian dan hari yang panas terik. Tidak ada yang dapat menyangkal bagaimana semangkuk cendol yang enak akan memberikan senyuman di wajah kita. Tambahan raja buah ternyata menaikkan lagi keenakkan rasa enak semangkuk cendol. Campuran durian dan cendol menghasilkan sebuah smoothie yang enak dengan rasa yang tersendiri!

3. Pandan Delight Cendol


Bukan penggemar durian? Jangan khuatir, kerana Coolblog menyajikan perisa tempatan yang lain iaitu pandan. Pandan yang dikenali dengan aroma yang harum dan rasa yang manis akan menjadi pilihan anda sewaktu anda datang ke Coolblog!


Setiap smoothie berharga RM8.80, tetapi ada tawaran istimewa termasuk hero combo (beli dua pada harga RM15.00), pembelian satu cawan dan dapatkan cawan kedua dengan potongan harga 50%. Selain itu, dapatkan tawaran istimewa apabila anda membeli secawan minuman lazat ini.

Coolblog selalu mengikuti trend rasa terkini untuk menarik peminat serta penggemar smoothie dan pencuci mulut. Semasa Sukan Olimpik Tokyo, Coolblog mencipta dua minuman berperisa luar biasa, Yubari Melon dan Sakura Lemon. Dengan menggunakan maklum balas pelanggan dan penyelidikan citarasa pengguna, Coolblog dapat menghasilkan minuman yang berperisa luar biasa!

Risau tidak dapat ke Coolblog berdekatan anda? Pelanggan boleh pesan minuman kegemaran mereka dari keselesaan kediaman sendiri dan akan dihantar ke depan pintu mereka melalui perkhidmatan penghantaran makanan melalui e-hailing!

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti platform media sosial Facebook dan Instagram @coolblogmalaysia dan dapatkan maklumat terkini.


Khamis, 16 September 2021

Nasi Dalca Bawang Penang : Nasi Dalca Paling Sedap Di Seri Kembangan Selangor

Khamis, September 16, 2021 56
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sesiapa disini peminat hidangan dalca? Di Malaysia ini sebenarnya hidangan dalca amat terkenal di kalangan mereka yang tinggal di negeri-negeri utara khususnya Kedah dan Pulau Pinang. Hans sendiri sebenarnya merupakan seorang penggemar dalca dan kali ini Hans memang betul-betul teruja nak berkongsi dengan anda semua tentang sebuah restoran yang menampilkan menu Nasi Dalca Bawang Penang yang betul-betul padu dan surrrr bak kata orang utara.


Restoran Nasi Dalca Bawang Penang ini terletak di kawasan berdekatan Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Hans sebenarnya baru mengetahui tentang kewujudan Nasi Dalca Bawang Penang ini pada bulan Mei yang lepas melalui laman sosial Instagram. Sedar tak sedar ini merupakan kali keempat Hans menjamah menu-menu yang dijual disini dimana Hans boleh katakan semuanya sedap-sedap belaka. Cuma ini merupakan kali pertama Hans menikmati Nasi Dalca Bawang Penang ini di restoran mereka selepas penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dibenarkan untuk kembali makan di kedai. 

Untuk info tambahan, Nasi Dalca Bawang Penang ini sebenarnya diasaskan pada tahun 2016 di kawasan Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak dan beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kemudian pada tahun 2019, mereka meluaskan operasi pembukaan cawangan di dua lokasi terbaru iaitu Wisma Central dan Jalan Hang Lekiu. Namun, kesan akibat pandemik Covid-19 membuatkan mereka terpaksa menutup dua cawangan disebabkan para pelanggan mereka yang rata-rata bekerja di sekitar KLCC mulai bekerja di rumah masing-masing. Namun kini Restoran Nasi Dalca Bawang Penang kembali mengaum dan membuatkan para pelanggan setia yang merindui hidangan mereka kembali tersenyum lebar selepas pihak restoran mulai beroperasi kembali di kawasan Seri Kembangan ini.


Nasi Dalca Bawang Penang ini sebenarnya dimasak bersama dengan dhal, bawang merah, ubi kentang dan lobak merah sehingga ianya menyerap ke dalam nasi tersebut. Ia menjadikan rasa nasi dalca ini sangat istimewa. Jadi, antara menu-menu yang ada di Restoran Nasi Dalca Bawang Penang yang wajib anda cuba apabila datang makan disini ialah:

Menu Wajib:
1. Ayam Goreng
2. Ayam Ros
3. Daging Cincang
4. Daging Keping
5. Kurma Kambing

Menu Sampingan:
1. Kacang Buncis
2. Acar Timun Nanas

Extra:
1. Bawang Goreng

AYAM GORENG
AYAM ROS
DAGING KEPING
KURMA KAMBING
KACANG BUNCIS
KUAH DALCA

Selain kenikmatan menikmati hidangan Nasi Dalca Bawang Penang ini panas-panas di restoran mereka, anda juga sebenarnya boleh mendapatkan hidangan ini dengan membelinya melalui aplikasi di dalam talian seperti:

1. M2U Sama Sama Lokal
2. Grab Food
3. Food Panda sahaja.

Sebelum ini Hans hanya berkesempatan makan di rumah sahaja Nasi Dalca Bawang Penang ini dan rasanya memang sangat lazat. Jadi, cuba anda bayangkan apabila Hans berpeluang makan terus hidangan di restoran mereka. Makanan sampai depan meja dalam keadaan panas dan segar lagi. Fuhhhh! Memang syahdu dan buat Hans tambah berselera untuk makan sambil menambah nasi dengan gembiranya. Hahaha!


Hans pasti ramai yang tertanya-tanya apa keistimewaan Nasi Dalca Bawang Penang ini sehingga empat kali sudah Hans menjamah makanan ini? Maka Hans dengan gembiranya ingin berkongsi Tiga Sebab Kenapa Nasi Dalca Bawang Penang ini wajib dicuba oleh anda semua yang tinggal di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya:


1) Rahsia sebenar kelazatan hidangan ini sebenarnya terletak pada keindahan rasa kuah dalca serta bawang gorengnya yang manis-manis manja. Apabila digaul bersana dengan nasi serta menikmati pula dengan aneka lauk pauk yang sedap ini memang memberikan anda satu pengalaman rasa makanan yang cukup mengasyikkan! 


2) Semua lauk yang dijual sememangnya menawarkan kelazatan rasa yang cukup mempesona untuk membuatkan anda menambah nasi paling tidak sepinggan. Serius sangat puas dan berbaloi makan Nasi Dalca Bawang Penang ini. Kadang-kadang rasa macam tengah makan di majlis kenduri kahwin yang hidangannya untuk pengantin tau. Sedap sangat!


3) Kuantiti makanan serta harga jualan yang sangat berpatutan. Memang mengenyangkan dan berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Serius puas hati!


Jadi, Hans memang wajibkan anda semua supaya berkunjung sendiri ke Restoran Nasi Dalca Bawang Penang bersama keluarga mahu pun rakan-rakan dan rasai sendiri setiap menu yang terdapat disini. Hans pasti anda semua akan puas hati. Silap-silap boleh datang berkali-kali nanti. Memang surrrrrr! Padu bak hang!

Restoran: 
Nasi Dalca Bawang Penang

Alamat:
No 79, Jalan LP 7/2, Taman Lestari Perdana, 
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Hari Operasi:
Isnin - Sabtu  

Waktu Operasi:
11.00 Pagi - 4.00 Petang

Maps: 

Telefon @ Whatsapps: 

Untuk Tempahan: 

Instagram: 


#NasiDalcaBawangPenang  #NasiDalca