Makan Malam Di Taman Tamadun Islam River Cruise

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Aktiviti seterusnya yang Hans dan rakan-rakan media lain akan lakukan ialah menikmati makan malam di Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise dengan menaiki Crystal Ferry Cruise yang akan mengelilingi keseluruhan kawasan ini dalam jangka masa 45 minit. Jadi, Hans pun bersemangat lah pakai baju ala-ala berada di tepi pantai sebab nak naik kapal kan. Hahaha!


Walaweh! Memang cantik gila suasana malam di sekitar Taman Tamadun Islam ini kerana sekelilingnya dilimpahi dengan cahaya lampu daripada pelbagai bangunan yang berada di sekitar Sungai Terengganu ini. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan disini selain menikmati makan malam di atas kapal bergantung kepada pakej yang anda pilih nanti.


Alhamdulillah Hans dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang boleh dikatakan sedap-sedap belaka sewaktu menjamu selera pada majlis makan malam bersama Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu sempena program Ekspresi Media - Kenyir 2019 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu ini.


Jadi, Hans kongsikan serba sedikit hasil tangkapan gambar yang berjaya diambil selepas menikmati hidangan menyelerakan. Seronoknya kerana selain bergambar di atas kapal, Hans juga dapat menikmati suasana malam yang begitu dingin dan mendamaikan sepanjang perjalanan Crystal Ferry Cruise ini mengelilingi kawasan Taman Tamadun Islam ini.


Untuk pengetahuan semua, beberapa kawasan di Taman Tamadun Islam ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan. Salah satunya ialah Masjid Kristal seperti gambar di atas. Walaupun Masjid Kristal tidak bercahaya seperti kebiasaan namun hasil gambar yang Hans dapat agak mengujakan buat Hans. Bayangkan kalau kerja-kerja pembaikan sudah siap mesti lebih cantik pemandangan serta hasil gambar yang diperoleh selepas ini.


Jadi, jangan lupa melawat Taman Tamadun Islam jika anda berkunjung ke negeri Terengganu kerana terdapat pelbagai daya tarikan yang wajib anda kunjungi disini. Tetapi, pastikan anda jangan terlepas peluang untuk menikmati makan malam di atas Crystal Ferry Cruise untuk merasai keindahan suasana malam serta limpahan cahaya lampu yang menghiasi sekitar laluan kapal ini nanti.

P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





















Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama