Restoran Singgang Budu Kuala Terengganu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Jadi, setelah selesai menjelajah Kampung China di Kuala Terengganu maka sudah tiba waktu untuk makan tengahari pula. Hans dan rakan media yang lain telah di bawa ke sebuah restoran yang memang cukup terkenal di kalangan pelancong mahu pun penduduk setempat di sini iaitu Restoran Singgang Budu yang terletak di Jalan Air Jernih. 


Memang akan rambang mata buat sesiapa yang datang ke Restoran Singgang Budu ini untuk makan tengahari kerana terdapat berpuluh-puluh lauk pauk yang dijual kepada para pelanggan. Tetapi, seperti biasa buat orang luar seperti Hans kalau datang ke Terengganu mestilah nak cari menu-menu yang unik dan merupakan makanan orang tempatan untuk dicuba. Jadi, mari lihat apakah hidangan makanan tengahari yang Hans jumpa di Restoran Singgang Budu ini!


Alhamdulillah, Hans bersyukur dan sangat gembira kerana dapat makan makanan kampung disini. Lebih menarik Hans dapat mencuba hidangan ikan singgang versi Terengganu yang berwarna kekuningan. Ini berbeza dengan hidangan singgang dari negeri Kelantan yang berwarna putih. Tidak lupa juga penangan budu yang ada di restoran ini berjaya meningkatkan nafsu selera Hans untuk menjamah nasi putih serta ikan bakar dan ulam-ulaman yang sudah sedia terhidang di atas meja.


Jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu khususnya melawat ke kawasan Kampung China atau Pasar Payang, jangan lupa datang ke Restoran Singgang Budu untuk mencuba sendiri menu ikan singgang serta budunya yang sangat sedap dan padu. Selamat menjamu selera!

P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





















Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama