Hotel Paya Bunga Terengganu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Memandangkan aktiviti hari pertama Ekspresi Media-Kenyir 2019 hanya tertumpu di sekitar kawasan Kuala Terengganu maka tempat penginapan Hans dan rakan-rakan media yang lain untuk malam pertama ini juga berada berdekatan dengan lokasi-lokasi lawatan kami. Hotel Paya Bunga yang merupakan sebuah hotel patuh syariah pertama di negeri ini dipilih menjadi lokasi bermalam kami pada lawatan kali ini.


Hotel Paya Bunga Terengganu setinggi 12 tingkat ini menawarkan lebih 90 bilik buat masa ini dengan pemandangan indah bandar Kuala Terengganu yang boleh dilihat sama ada melalui tingkat bilik hotel atau di kawasan puncak bangunan.


Jadi, Hans kongsikan video di atas buat para pembaca semua untuk melihat sendiri ruang dalaman bilik yang terdapat di Hotel Paya Bunga Terengganu ini. 


Jadi, Hotel Paya Bunga merupakan salah satu lagi pilihan tempat penginapan yang menarik jika anda berkunjung ke negeri Terengganu. Bukan sahaja menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik tetapi lokasinya yang berada betul-betul di tengah pusat bandar amat membantu memudahkan percutian anda di Kuala Terengganu. Selamat menginap di sini!

P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





















Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama