Makanan Sedap Di Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Jadi, lokasi terakhir merangkap tempat makan tengahari pada hari terakhir program Ekspresi Media-Kenyir 2019 kali ini ialah makan tengahari di Medan Selera Pengkalan Gawi yang berada di kawasan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir. Ramai yang cakap tidak lengkap percutian anda datang ke Kenyir kalau tidak menikmati hidangan Ikan Baung Masak Tempoyak disini. 


Jadi, beginilah hidangan yang tersusun cantik di atas meja. Hans sebenarnya sangat suka semua makanan berasaskan durian kecuali tempoyak. Tak tahu kenapa tetapi disebabkan ramai yang mengatakan hidangan ini sedap jadi Hans pun cuba lah jamah sikit. Agak terkejut juga kerana rasanya boleh tahan. Hans tengok para media yang lain bukan main laju makan hidangan ikan baung masak tempoyak ini. Siap tambah nasi berkali-kali. Memang sedap betul lah jawabnya!


Beginilah suasana akhir saat kami semua menjamu selera beramai-ramai. Hans sebenarnya sedikit lambat ke kedai makan ini kerana tersangkut di premis menjual coklat. Memandangkan Hans seorang manusia yang sangat gilakan coklat memang Hans terus terbeli coklat yang dijual dekat sini. Harganya boleh tahan murah dan ada beberapa coklat yang harganya lebih murah daripada yang dijual di Pulau Langkawi. Memang berbaloi kalau nak beli cokat dekat Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini. Selain itu, ada banyak lagi premis lain yang menjual beg, pinggan mangkuk dan sebagainya buat sesiapa yang inginkan barang lain untuk dibeli.


Alhamdulillah, akhirnya program Ekspresi Media-Kenyir 2019 yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 berjaya dilalui oleh Hans dengan jayanya. Hans ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana sudi menjemput Hans untuk menyertai program kali ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pihak yang terlibat serta rakan-rakan media yang turut sama menjayakan dan memeriahkan suasana sepanjang program ini berlangsung. Harap-harap Hans dapat terlibat lagi pada program-program yang akan datang kerana banyak info serta maklumat yang Hans peroleh dan dapat manfaatkannya di dalam penulisan Hans di blog www.hanshanis.com lagi. Semoga kawasan pelancongan Tasik Kenyir serta lokasi-lokasi menarik lain yang terdapat di negeri Terengganu ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan pelancong luar negara untuk dilawati selepas ini.

P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





















Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama