Waterfall Abseiling Di Air Terjuk Saok

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Jangan ingat Tasik Kenyir hanya merupakan tempat untuk kaki pancing serta peminat alam semula jadi sahaja kerana lokasi ini juga menawarkan sesuatu yang menarik buat penggemar aktiviti lasak di salah satu kawasan air terjunnya iaitu Air Terjun Saok. Jika anda datang ke kawasan Air Terjun Saok dari Jeti Pengkalan Gawi, tempoh perjalanan untuk tiba ke sini hanya sekitar 15 minit sahaja dengan menaiki bot laju.


Aktiviti lasak yang Hans maksudkan disini ialah Waterfall Abseiling dimana anda akan terasa seperti terbang di udara sebelum menjatuhkan diri ke dalam air. Serius aktiviti ini memang sangat menarik dan membuatkan sesiapa sahaja yang melihat pasti ingin mencuba paling kurang sekali. Jangan risau tentang aspek keselamatan kerana terdapat para pekerja dan instruktor permainan ini yang akan membantu dan memantau dari segala sudut untuk memastikan aktiviti yang dilakukan oleh anda selamat dan menghiburkan. Video di atas merupakan video rakaman Hans yang memaparkan salah seorang rakan media yang mencuba aktiviti waterfall abseiling ini.


Kisah kali ini agak kekurangan gambar kerana Hans sebenarnya sibuk bermandi-manda di kawasan Air Terjun Saok. Hahaha! Memandangkan rasa tidak bermandi-manda di Air Terjun Lasir sebelum ini menyebabkan Hans mengambil keputusan untuk bermandi-manda pula di kawasan Air Terjun Saok selama yang mungkin.


Air Terjun Saok sangat berbeza dengan Air Terjun Lasir. Kawasan Air Terjun Saok tidak dalam dan kurang berpasir seperti Air Terjun Lasir. Jadi, kawasan ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan perkelahan serta lebih selamat untuk sesiapa yang tidak pandai berenang bermandi-manda dengan gembiranya disini seperti mana video yang Hans kongsikan di atas.


Sememangnya kawasan Air Terjun Saok bukan sekadar menawarkan aktiviti mandi-manda seperti mana kawasan air terjuk lain tetapi turut memberikan anda pilihan aktiviti lasak lain seperti Waterfall Abseiling untuk dicuba. Jadi, jika anda datang ke Air Terjun Saok pastikan anda melakukan aktiviti Waterfall Abseiling dan jangan lupa untuk rakamkan detik-detik manis tersebut sebagai kenangan terindah semasa berada di Tasik Kenyir.

P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:





















4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama