Pengalaman Bermalam Di Buyong Houseboat Tasik Kenyir

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam program Ekspresi Media-Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.


Pasti ramai tertanya-tanya di hotel atau resort mana yang Hans dan rakan-rakan media lain bermalam sepanjang program Ekspresi Media-Kenyir 2019 ini berlangsung. Lupakan terus hotel atau resort kerana tidak lengkap percutian anda di Tasik Kenyir jika tidak bermalam di Houseboat yang akan membawa anda belayar menikmati keindahan siang dan malam Tasik Kenyir.


Hans berpeluang untuk bermalam selama dua hari di Buyong Houseboat Tasik Kenyir. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, ini merupakan kali pertama Hans tinggal dan bermalam di Houseboat. Jadi, ini adalah satu pengalaman yang menarik kerana dapat tinggah di dalam sebuah Houseboat yang sangat menarik dan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh manusia seperti Hans ini


Gambar di atas merupakan kawasan Ruang Rehat bagi Buyong Houseboat yang menempatkan set karaoke, Astro dan membolehkan anda bersantai atau mengadakan sesi mesyuarat atau sebagainya dengan sangat selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin serta sofa yang sangat empuk. 


Laluan hadapan bilik yang agak luas untuk sebuah houseboat. Tidak terasa sempit atau perlu bersesak-sesak apabila berjalan bertentangan dengan rakan media yang lain. Menariknya di bahagian atas Buyong Houseboat ini menempatkan 8 buah bilik tidur dimana katil dan bantal disediakan untuk memudahkan sesiapa yang menginap disini.


Alhamdulillah beginilah rupa bilik Hans dan rakan media lain. Agak luas, selesa, bersih dan dapat melihat pemandangan indah luar melalui sebuah jendela yang tersedia pada setiap bilik. Cuma kalau nak bergosip tu perlahan-lahan sebab nanti orang sebelah boleh dengar. Hahaha! Tetapi, memang selesa untuk tidur sebab angin malam di Tasik Kenyir ini sangat sejuk. Baru letak kepala di bantal sedar-sedar dah mimpi. Memang sangat selesa tidur disini.


Kepada yang masih tidak dapat melupakan kehidupan mewah anda di bandaraya maka jangan risau kerana Buyong Houseboat juga menyediakan 3 bilik VIP dimana bilik air, set katil serta penghawa dingin disediakan di dalam bilik ini.


Terdapat dapur yang menyediakan peralatan dapur serta bbq buat anda yang ingin memasak atau melakukan barbeque bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Tetapi, Hans dimaklumkan ada juga pakej Buyong Houseboat dimana menyediakan makanan untuk anda dan ia dimasak oleh pekerja-pekerja Buyong Houseboat sendiri. Walaupun semua pekerjanya lelaki tetapi jangan pandang rendah dengan bakat mereka memasak sebab semua menu yang dimasak sedap-sedap belaka.


Ini ialah tandas Buyong Houseboat. Tidak terlalu besar tetapi masih selesa untuk mandi di dalam tandas ini. Terdapat lima tandas disediakan bagi mereka yang tinggal di bilik tidur biasa. Apa yang membanggakan Hans ialah bukan hanya tandas-tandas disini terjaga rapi dan bersih tetapi pihak Buyong Houseboat turut menyediakan buih mandian sabun di setiap bilik mandi. Memang terbaik!


Buyong Houseboat turut mementingkan keselamatan para pelanggan mereka dengan menyediakan jaket keselamatan yang mencukupi buat semua. Selain itu, kepada sesiapa yang minat memancing juga pasti akan menyukai Buyong Houseboat kerana mereka menyediakan dua buah bot fiber untuk kegunaan anda sewaktu memancing ikan.


Secara jujurnya, Hans amat menanti-nanti waktu makan tidak kira sama ada sarapan, makan tengahari, makan malam atau makan lewat malam kerana menu-menu yang dihidangkan serius sangat sedap. Hans sebenarnya kurang meminati menu ikan yang dimasak dan dijual di kedai atau mana-mana restoran dan hotel tetapi menariknya Hans jatuh hati dengan rasa hidangan ikan yang dihidangkan di atas Buyong Houseboat ini. Serius makanan yang dimasak oleh tukang-tukang masak Buyong Houseboat ini memang terbaik dan lagi sedap dari hotel.


Selain itu, Buyong Houseboat juga menyediakan kemudahan elektrik sepanjang hari. Jadi, Hans tidak perlu risau kerana boleh cas bateri telefon setiap waktu. Alhamdulillah sememangnya Hans bersyukur kerana dapat menginap di Buyong Houseboat kerana kemudahan yang disediakan bertaraf lima bintang dan membuatkan Hans langsung tidak serik jika perlu bermalam lagi di Buyong Houseboat pada masa-masa akan datang.


Kepada para pembaca yang berminat untuk menginap di Buyong Houseboat sewaktu bercuti di Tasik Kenyir nanti, Hans kongsikan laman sosial Buyong Houseboat dibawah sebagai rujukan untuk anda memilih dan menempah pakej-pakej yang bersesuaian dengan baget dan waktu percutian anda:

Facebook:
Instagram:

Email:
Buyong.Enterprise@yahoo.com

Whatsapps:
0179301129 (Shahirah)
0199887439 @ 0139347439 (Cg. Shabri)


P/S : ANTARA LOKASI MENARIK LAIN YANG BOLEH DIBACA SEPANJANG EKSPRESI MEDIA-KENYIR 2019 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:




















Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم